Dr Mazlee adalah Menteri Pendidikan yang gagal – Wan Saiful



Wan Saiful Wan Jan dilaporkan meletakkan jawatannya sebagai penasihat khas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Menurut laporan The Star, Wan Saiful berkata keputusan itu dibuat kerana beliau mahu memberi tumpuan kepada tugasnya selaku pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Beliau menafikan bahawa peletakan jawatan itu adalah kerana perbezaan pendapat dengan Dr Maszlee.

Namun angin bertiup membawa berita yang berlainan tentang perletakan jawatan Wan Saiful itu.

Dikhabarkan sepatutnya pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu jika menang, Wan Saiful yang sepatutnya jadi Menteri Pendidikan, bukan Dr Maszlee. Malangnya beliau kalah dan posisi itu diambil oleh Dr Maszlee.

Situasi dalam Kementerian Pendidikan ialah seolah-olah 'ada menteri dalam menteri'.

Ketika kes memo di pejabat Menteri KPM heboh mengenai hentian langganan akhbar Utusan. Ia adalah arahan dari Wan Saiful, disebabkan itulah Dr Maszlee menafikan yang arahan itu datang darinya dan menafikan tidak tahu berkenaan hal itu.



Krisis Penasihat dan Menteri bertambah buruk lagi apabila Wan Saiful ke luar negara sebagai wakil Menteri dan Kementerian dianggap lawatan atas bajet persendirian bukan kementerian.



Yang terbaru, ketika lawatan Menteri ke Kedah, Wan Saiful mengatur pertemuan untuk mengadap Sultan namun Dr Maszlee tidak mahu mengadap dan terus pulang ke Kuala Lumpur.

Wan Saiful menganggap ia adalah satu penghinaan yang keterlaluan terhadap tugasnya selaku penasihat menteri dan beliau nekad meletakkan jawatan disebabkan perkara yang memalukan itu.

Menurt sumber, Wan Saiful mempersoalkan jika Dr Maszlee tidak mahu mendengar nasihatnya lebih baik beliau meletakkan jawatan.

Wan Saiful menganggap Dr Mazlee adalah Menteri Pendidikan yang gagal malah jawatan Presiden UIAM pun dibolot bersama dengan Setiausaha Politiknya yang menjadi Ahli Lembaga Pengarah UUM.

Banyak isu yang ditimbulkan Dr Maszlee merugikan kerajaan dan PPBM seperti isu Kasut hitam, stokin, PTPTN, pegawai khas 14 orang, guru tidak lakukan tugas kerani, mata pelajaran renang, pertukaran jawatan dan lain-lain isu yang dianggap seolah-olah memberi 'peluru' kepada musuh. – MalaysiaChoice


Dr Mazlee adalah Menteri Pendidikan yang gagal – Wan Saiful  Dr Mazlee adalah Menteri Pendidikan yang gagal – Wan Saiful Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 06, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...