Di mana Waytha Moorthy dan Gobind ketika Kuil Seafield Sri Maha Mariamman mahu dirobohkan?




Surat Terbuka Buat Masyarakat India Malaysia

PENGKHIANATAN TERHADAP MASYARAKAT INDIA MALAYSIA

1. Terlebih dahulu ingin saya menarik perhatian umum bahawa dalam surat terbuka ini langsung tidak mahu menyentuh soal kepercayaan dan agama kerana "bagi kamu agama kamu (Hindu) dan bagi aku agama aku (Islam)". Soal kewajaran cadangan pemindahan kuil ini juga tidak disentuh.

2. Berpijaklah di bumi yang nyata untuk menyatakan tentang kebenaran dan pengkhianatan. Di mana Hindu Rights Action Force (HINDRAF) berada ketika nasib Kuil Sri Maha Mariamman berada di hujung tanduk angkara kerakusan PKR dan DAP yang mendominasi dalam penentuan dasar-dasar Kerajaan Negeri Selangor?

3. Di mana pengasas Hindraf Lawyer M. Manoharan, Lawyer P. Uthayakumar, Lawyer R. Kenghadharan, Lawyer Waytha Moorthy Ponnusamy dan Lawyer S. Ganapathi Rao mengapa mereka tidak tampil menjadi peguambela bagi pengurusan kuil ini?

ARTIKEL BERKAITAN : Pergaduhan pemaju dan penganut Kuil Seafield Sri Maha Mariamman

4. Bukan menuduh, sekadar bertanya, apakah benar Lawyer M. Manoharan meminta bayaran mencecah RM100,000 jika pengurusan kuil ini hendak menggunakan khidmat guaman mereka. Di atas kepentingan bangsanya sendiri pun berkira atau pun mungkin khidmat guaman mereka percuma hanya jika menentang Kerajaan Persekutuan dibawah Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya meminta bayaran ratusan ribu ringgit jika menentang Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan. Andai kata benar begitu, itu bermakna Hindraf hanya sekadar perkakas DAP dan PKR.

5. Di mana DAP ketika mereka berkongsi kuasa dengan PKR mentadbir Negeri Selangor, mengapa tidak tampil ke depan menentang keputusan pihak berkuasa tanah Pejabat Daerah/Tanah Petaling dan pihak berkuasa tempatan MPSJ yang meluluskan cadangan pemindahan kuil ini semata-mata untuk memberi laluan kepada projek hotel mewah One City Development Sdn Bhd.?

6. Paling hampir ialah YB Ng Sze Han (DAP-PKR) ADUN Kinrara dan YB Gobind Singh Deo (DAP-PKR) Ahli Parlimen Puchong kerana kuil ini berada dalam kawasan DUN Kinrara dan Parlimen Puchong tetapi di mana kedua-dua mereka ini berada, mengapa tidak tampil membantu. Bukankah YB Gobind Ketua Biro Undang-Undang DAP, mengapa tidak dia yang sepatutnya berada di posisi paling depan mempertahankan kuil ini. Mengapa?


7. Buat pengurusan kuil ini, jika yakin berada di pihak yang benar, janganlah undur walau setapak ke belakang. Rujuklah minit mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Selangor pada 14 Januari 1987 pada Perenggan 4.1.22 yang menyatakan "...pemaju dikehendaki memperuntukkan kawasan bagi maksud Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) seluas kira-kira 5 ekar dan tapak untuk Kuil Sri Maha Mariamman seluas kira-kira 1 ekar di tempat yang sedia ada...".

8. Rujuklah surat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) kepada pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman bertarikh 10 Ogos 1995 yang menyebut “…adalah dimaklumkan kedudukkan kuil ini tidak terjejas sepertimana yang dinyatakan oleh pihak pengurusan Lembaga Lebuhraya Malaysia…”.

9. Rujuklah surat YB Datuk K. Sivalingam, EXCO Perumahan, Pekerja Ladang & Lombong Negeri Selangor kepada pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman bertarikh 27 Ogos 2001 yang menyebut “…untuk maklumkan tuan, Mesyuarat EXCO yang telah diadakan pada 08.08.2001 telah meluluskan supaya Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield (HICOM) dikekalkan di tapak lama…”

Sekian, terima kasih.

Taufiq Ilhami
Puchong, Selangor.


ARTIKEL BERKAITAN :

Pergaduhan pemaju dan penganut Kuil Seafield Sri Maha Mariamman

Di mana Waytha Moorthy dan Gobind ketika Kuil Seafield Sri Maha Mariamman mahu dirobohkan?

Exco DAP tuduh umat Islam serang kuil Seafield Sri Maha Mariamman

Mufti Perlis arah KERAjaan PH ambil tindakan 'kuil' bina secara haram

One City nafi cetus rusuhan kuil Seafield Sri Maha Mariamman

Sebelum nak gaduh antara kaum cuba lihat fakta ini

Pergaduhan di Kuil, Waytha Moorthy salahkan Polis

Memahami garis masa isu kuil Sri Maha Mariamman

Era BN, kuil Sri Maha Mariamman diizinkan bertapak

Rusuhan kuil: Polis nafi tuduhan Waytha Moorthy lambat bertindak

Baju PPBM antara dijumpai dalam kereta penceroboh kuil Sri Maha Mariamman

[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]



Di mana Waytha Moorthy dan Gobind ketika Kuil Seafield Sri Maha Mariamman mahu dirobohkan? Di mana Waytha Moorthy dan Gobind ketika Kuil Seafield Sri Maha Mariamman mahu dirobohkan? Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 26, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...