Dakwaan rasuah RM5 juta: Farid Kamil akan dipanggil



SHAH ALAM 9 Nov. - Pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung laporan polis dakwaannya tentang cubaan rasuah sebanyak RM5 juta oleh kerajaan terdahulu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, laporan polis yang dibuat individu merupakan wakil kepada Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam berusia 43 tahun.

Menurut Fadzil, individu terbabit membuat laporan polis berhubung perkara itu kira-kira 6 petang semalam di Balai Polis Kota Damansara.

ARTIKEL BERKAITAN : Lokman lapor polis Farid Kamil mengaku dirasuah kerajaan BN

“Pengadu telah melihat satu video di Youtube mengatakan pelakon terbabit mendakwa telah cuba dirasuah sebanyak RM5 juta bagi memaafkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor. 

“Dalam laporan ini juga mengatakan bahawa Farid sengaja mereka-reka cerita untuk menjatuhkan imej bekas Perdana Menteri dan isterinya.

“Oleh demikian, kita akan memanggil pelakon ini dalam masa terdekat bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Terdahulu, menerusi video yang dimuat naik Rabu lalu dalam Youtube MyFokus Online semasa program TV Al-Hijrah berjudul “Nak jadi artis ke nak jadi ahli politik?” Farid mendakwa dia cuba dirasuah sebanyak RM5 juta oleh pihak kerajaan untuk memaafkan Najib dan Rosmah. - UO


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Dakwaan rasuah RM5 juta: Farid Kamil akan dipanggil Dakwaan rasuah RM5 juta: Farid Kamil akan dipanggil Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 09, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...