Dakwa Moorthy bawah SOSMA – PPBM



KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mengambil tindakan tegas terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy yang dianggap pengkhianat negara atas cubaan mengaibkan dan mencemarkan nama baik negara.

Ahli Jawatankuasa Biro Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan (PH) merangkap Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, berkata sekiranya kenyataan dan suara dalam video berdurasi 2 minit 39 saat yang tular itu adalah beliau maka tindakan itu adalah secara sengaja mengkhianati negara.

Katanya, Waytha Moorthy sudah berbohong dan membuat kenyataan palsu untuk mempengaruhi negara luar membenci Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN : P. Waytha Moorthy menipu, memfitnah dan memburukkan Malaysia di mata dunia

ARTIKEL BERKAITAN : Waytha Moorthy pengkhianat - Maza

“Bagaimana seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri boleh mengaibkan nama negara ke seluruh dunia dengan membuat kenyataan palsu yang berupa hasutan itu.

“Ini adalah pengkhianatan yang cukup dahsyat kepada bangsa dan negara! Waytha Moorthy harus ditangkap serta didakwa mengikut SOSMA (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012).

“Penyangak ini bersifat perkauman tanpa asas, ini akan membinasakan seluruh bangsa dan negara kita,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Kelmarin video lama Waytha Moorthy tular di media sosial dengan kandungan memburukkan negara termasuk kononnya Malaysia menghadapi masalah pencabulan hak asasi yang kronik.

ARTIKEL BERKAITAN : Tanya Moorthy, jangan tanya saya – Guan Eng

ARTIKEL BERKAITAN : Pemuda UMNO desak Waytha Moorthy letak jawatan

Selain itu, Khairuddin mahu kerajaan supaya tidak berkompromi mengenai isu ini kerana Waytha Moorthy seorang individu berpengaruh.

“Negara luar berkemungkinan percaya pada kenyataan fitnah itu kerana beliau adalah sebahagian daripada anggota Kabinet.

“Kerajaan Malaysia tidak pernah menzalimi bangsa lain di negara kita. Seluruh rakyat diajar untuk menghormati hak bangsa lain.

“Amalan agama, hak sebagai rakyat, demokrasi pendidikan, peluang pekerjaan, peluang perniagaan dan amalan berpolitik dibenarkan secara terbuka di tanah air kita,” katanya. - BH


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Dakwa Moorthy bawah SOSMA – PPBM Dakwa Moorthy bawah SOSMA – PPBM Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 19, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...