Daging, tulang babi dilempar dalam Surau Serkam Darat



Di saat seluruh negara sedang dikejutkan dengan rusuhan oleh pengikut kuil Seafield Sri Maha Mariamman di mana puluhan kenderaan telah dirosak dan dibakar, bangunan dipecahkan, puluhan yang cedera dan mungkin ada yang telah mati akibat dipukul, di Melaka pula kecoh pagi ini apabila daging dan tulang babi dilempar ke dalam kawasan Surau Taman Serkam Jaya, Melaka.

Empat keping gambar yang dikongsikan oleh akaun Facebook Dun Serkam menunjukkan beberapa ketul daging dan tulang babi telah dilemparkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sejak akhir-akhir ini orang Melayu dan Islam seolah-olah dicabar secara terbuka dan entah berapa lama kesabaran dapat dikekalkan sebelum berlaku perkara yang tidak diingini.
KERAjaan Pakatan Harapan (PH) pula dilihat tidak dapat menangani situasi ini dengan baik dan seolah-olah sengaja membiarkan keadaan tidak harmoni seperti ini berpanjangan.

Kejadian tersebut disedari oleh jemaah surau ketika memasuki perkarangan surau ketika mahu menunai solat Subuh pagi tadi.

Laporan polis telah dibuat dan kawasan surau kini ditutup bagi membolehkan siasatan dilakukan. – AbuLeman

Update: 27/11/2018 : 1.00pm






Daging, tulang babi dilempar dalam Surau Serkam Darat Daging, tulang babi dilempar dalam Surau Serkam Darat Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 27, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...