CABUL: Shahidan cepat je, pegawai khas KDN tak dakwa pun? – Netizen



PETALING JAYA: Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim bakal berdepan hukuman penjara 10 tahun selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar hari ini kerana mencabul seorang gadis bawah umur.

Ahli Parlimen Arau itu, yang dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000, didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Jika didapati bersalah, dia akan kehilangan kerusi Parlimennya.

Netizen mempersoalkan tindakan KERAjaan Pakatan Harapan (PH) yang 'double standard' di mana mengapa pegawai khas Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Azis Jaman yang secara terang-terangan telah 'kantoi' melakukan gangguan seksual dengan merakam bawah skirt wanita di kedai cermin mata tidak dilakukan apa-apa pendakwaan.

Seorang netizen, Khairul Azri mempersoalkan tindakan PH yang 'double standard' itu,


"Bukan nak mempertahankan DS Shahidan Kassim, kalau betul beliau bersalah..kasi tangkap dan sebat puas-puas.

"Cumanya, tiba-tiba teringat pasal pegawai Khas Tim.Menteri KDN yang kantoi melakukan gangguan seksual dengan merakam bawah skirt wanita di kedai kaca mata 2 bulan lalu..

"Apa cerita? senyap seribu bahasa.

"Laporan Polis telah dibuat oleh mangsa, tangkapan telah dibuat..bukti video pun dah tular merata-rata.

"Tapi sampai harini masih tiada pendakwaan yang telah dibuat? ke ada?" soal Khairul.

Khairul turut menasihatkan Ahli parlimen Arau itu supaya isytihar keluar Umno dan lompat ke PH kerana dengan cara itu baru namanya akan bersih dan kebetulan rakan-rakan beliau juga sudah ramai yang berbuat demikian.

"Nasihat den kepada DS Shahidan Kassim, keluarlah UMNO, masuk je PH, sucikanlah diri DS.. lagipun kawan-kawan DS pun ramai dalam tu" ujarnya lagi. - UO/AbuLeman

[ ARTIKEL BERKAITAN : PANAS: Timbalan Menteri Dalam Negeri kantoi subahat rakam alat sulit amoi ]

[ ARTIKEL BERKAITAN : Pegawai Timbalan KDN rakam kemaluan amoi dipecat serta-merta ]

[ ARTIKEL BERKAITAN : 'Sampai bawah skirt dia intip' – TMJ sindir KERAjaan PH ]

ARTIKEL BERKAITAN : Pegawai Timb KDN rakam kemaluan amoi ditahan polis

ARTIKEL BERKAITAN : Shahidan Kassim didakwa cabul remaja 15 tahun – Sanjeevan

ARTIKEL BERKAITAN : Tiada niat sentuh gadis itu, kata Ahli Parlimen

ARTIKEL BERKAITAN : Ahli Parlimen, gadis busker dalam kereta berbual, sentuh bahu, tangan, kata polis

ARTIKEL BERKAITAN : Akhirnya Shahidan tampil beri penjelasan isu cabul gadis buskers

ARTIKEL BERKAITAN : CABUL: Mahkamah keluar waran tangkap terhadap Shahidan Kassim
CABUL: Shahidan cepat je, pegawai khas KDN tak dakwa pun? – Netizen CABUL: Shahidan cepat je, pegawai khas KDN tak dakwa pun? – Netizen Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 12, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...