KP Bomba menceritakan detik Adib ditarik, dipukul separuh mati oleh perusuh kuil Sri Maha Mariamman



Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Muhammad Hamdan Wahid berkata anggotnya, Muhammad Adib dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dipercayai dipukul oleh sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil Sri Mahamariamman di USJ 25, Putra Heights, dalam kejadian kira-kira 1 pagi tadi.

Beliau berkata mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan dipercayai telah ditarik keluar dari kenderaan EMRS selain perusuh telah merosakkan kenderaan FRT dan EMRS milik Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Dalam pada itu, mangsa berada dalam keadaan kritikal dan bergantung sepenuhnya kepada sistem sokongan hayat di Pusat Perubatan Subang Jaya.

Marilah kita doakan semoga Muhammad Adib disembuhkan dan semoga perusuh yang telah menganiaya Adib akan ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Lihat penjelasan video bagaimana KP Bomba menceritakan detik-detik Adib di keronyok oleh perusuh hingga hampir mati. – MK/AbuLeman



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]






ARTIKEL BERKAITAN :



















KP Bomba menceritakan detik Adib ditarik, dipukul separuh mati oleh perusuh kuil Sri Maha Mariamman KP Bomba menceritakan detik Adib ditarik, dipukul separuh mati oleh perusuh kuil Sri Maha Mariamman Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 27, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...