BERSATU tidak terima Ali Tinju



KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menolak permohonan pemimpin Gerakan Merah 1Malaysia, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju untuk menyertai parti itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Marzuki Yahya, berkata BERSATU tidak memerlukan individu seperti Ali Tinju yang disifatkannya sebagai ‘rosak mental’.

“Pelbagai spekulasi timbul apabila Ali Tinju menyerahkan borang permohonannya kepada saya semalam. Sekarang saya ingin mengesahkan permohonannya ditolak kerana kita tidak lupa apa yang dia lakukan selama ini.

“BERSATU tidak memerlukan ahli seperti Ali Tinju dan susah untuk menerimanya ke dalam parti,” katanya ketika dihubungi NSTP hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Ali Tinju sahkan serah borang masuk PPBM

Media semalam melaporkan Ali Tinju memohon menyertai BERSATU dan menyerahkan borang permohonannya kepada Marzuki pada sebuah majlis membabitkan program asnaf di Bandar Tun Razak di sini.

Mengulas lanjut, Marzuki yang juga Timbalan Menteri Luar berkata, beliau hanya sekadar menerima borang permohonan yang dikemukakan Ali Tinju pada majlis berkenaan.

“Saya berada di program itu untuk menyampaikan bantuan kepada golongan asnaf dan tiba-tiba penganjur memberitahu ada orang nak serahkan lebih 500 borang permohonan baru.

“Selepas itu ada lagi pengumuman memberitahu Ali Tinju pula ingin menyerahkan borang. Dia datang dengan cara yang baik, jadi saya pun terima borang permohonannya dengan cara yang sama,” katanya.

Ali Tinju terkenal dengan demonstrasi membantah kumpulan reformasi pilihan raya, BERSIH dan perhimpunan antirasuah Tangkap MO1.

Dia juga terbabit melakukan protes ‘senaman punggung’ pada 2012 di luar rumah pengerusi bersama BERSIH ketika itu, Ambiga Sreenevasan. - BH
BERSATU tidak terima Ali Tinju BERSATU tidak terima Ali Tinju Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 12, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...