BAUCAR BUKU: Najib sindir Dr Maszlee, PH curi kredit lagi



PUTRAJAYA 10 Nov.- Kementerian Kewangan bersetuju dengan cadangan Kementerian Pendidikan supaya skim bantuan baucar buku bagi penuntut insitut pengajian tinggi (IPT) diteruskan.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, kementerian itu telah menyatakan persetujuan untuk melihat cadangan tersebut bagi membantu mengurangkan beban kewangan penuntut IPT.

“Saya telah membawa perkara ini dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung semalam iaitu mesyuarat pertama selepas Belanjawan 2019 dibentangkan pada 2 November lalu.

“Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga telah melahirkan pandangan bahawa bantuan seperti skim berkenaan perlu diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Maszlee turut mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan dan sokongan Perdana Menteri dalam mempertimbangkan cadangan tersebut demi membantu penuntut IPT.

“Kami berharap akan ada berita mengembirakan dalam waktu terdekat berhubung cadangan ini. 

“Seperti yang telah saya janjikan sebelum ini, saya akan memastikan kebajikan penuntut IPT dijaga dan skim baucar buku ini merupakan salah satu perjuangan saya untuk mereka,” katanya.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di halaman Facebook milik beliau memerli tindakan Dr Maszlee dan KERAjaan Pakatan Harapan (PH) u-turn dan mencuri kredit dari usaha kerajaan terdahulu.


U-turn ni.

Berani juga dia cakap, "Skim baucar buku salah satu perjuangan saya buat mahasiswa".

Dia yang buat Bajet, dia yang tak suka, dia yang nak tukar sekarang.

Setakat ini, ia sekadar cadangan dan belum dapat apa-apa kelulusan lagi. Kita tunggu.

Tak apa YB, ambillah kredit.

Petiklah perjuangan, gunalah nama.

Yang penting kebajikan mahasiswa dan mahasiswi kita terpelihara.

Adakah ini juga bermakna Bajet 2019 tidak sah dan akan dibentang semula untuk kelulusan ahli Parlimen? – Najib Razak

 – UO/AbuLeman
BAUCAR BUKU: Najib sindir Dr Maszlee, PH curi kredit lagi BAUCAR BUKU: Najib sindir Dr Maszlee, PH curi kredit lagi Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 10, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...