Bangunan One City hancur diserang, kereta dibakar, Menteri masih hilang



PETALING JAYA – Hampir separuh daripada cermin pintu masuk syarikat pemaju roboh dekat sini gara-gara rusuhan sekumpulan masyarakat India berhubung isu kuil di Seafield awal pagi ini.

Mereka sebelum itu membaling batu, objek keras dan tajam ke arah bangunan pejabat One City selepas berarak beramai-ramai dari kawasan kuil.

Dalam masa yang sama, sebuah kereta terbakar di kawasan berhampiran Kuil Seafield Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights di Subang Jaya itu.

Selain cermin bangunan berkenaan pecah, beberapa kenderaan di kawasan yang sama juga dirosakkan sekumpulan perusuh.

Selepas merosakkan bangunan pemaju, sekumpulan perusuh dikatakan kembali ke kawasan kuil kerana sebelum itu mereka menuntut menteri berbangsa India menyelesaikan masalah tuntutan terhadap kuil berkenaan.

Kekecohan berlaku ketika kira-kira 2,000 individu berkumpul di kawasan kuil itu sejak malam semalam walaupun polis telah menggesa orang ramai bersurai.

Difahamkan, bilangan anggota pasukan PDRM dan FRU juga dikerahkan lebih ramai di kawasan kejadian. – MG


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]


ARTIKEL BERKAITAN :
















Bangunan One City hancur diserang, kereta dibakar, Menteri masih hilang Bangunan One City hancur diserang, kereta dibakar, Menteri masih hilang Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 27, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...