Baju PPBM antara dijumpai dalam kereta penceroboh kuil Sri Maha Mariamman



MENGEJUTKAN. Tular beberapa keping gambar yang diambil di sekitar kuil Sri Maha Mariamman di mana telah dijumpai baju Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama sampul surat no keahlian selain no plat kenderaan yang dipercayai no pendaftaran palsu.

Menurut satu hantaran di Facebook, pemilik akaun yang tidak dikenali (kerana gambar yang sudah di-crop) mendakwa mengenali penceroboh yang telah dipukul oleh penganut kuil tersebut.

Baju PPBM dengan tertera nama Redzuan, sampul surat no keahlian PPBM dan kad pas keluar masuk One City dipercayai milik individu yang telah dipukul sehingga pengsan (gambar).


Gambar-gambar itu asalnya dimuat naik oleh Vetri Online sebelum tular dikongsi dan disebarkan oleh netizen.

Setakat ini tiada penafian yang dibuat oleh PPBM berhubung tuduhan ini dan tiada kenyataan rasmi dari pihak berkuasa tentang tuduhan yang sama.

Sementara itu One City telah mengeluarkan kenyataan menafikan terlibat menghantar samseng untuk menganggu kuil seperti yang dilaporkan Malaysiakini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata dalam insiden itu seramai 17 orang telah ditahan untuk membantu siasatan. – AbuLeman


ARTIKEL BERKAITAN :

Pergaduhan pemaju dan penganut Kuil Seafield Sri Maha Mariamman

Di mana Waytha Moorthy dan Gobind ketika Kuil Seafield Sri Maha Mariamman mahu dirobohkan?

Exco DAP tuduh umat Islam serang kuil Seafield Sri Maha Mariamman

Mufti Perlis arah KERAjaan PH ambil tindakan 'kuil' bina secara haram

One City nafi cetus rusuhan kuil Seafield Sri Maha Mariamman

Sebelum nak gaduh antara kaum cuba lihat fakta ini

Pergaduhan di Kuil, Waytha Moorthy salahkan Polis

Memahami garis masa isu kuil Sri Maha Mariamman

Era BN, kuil Sri Maha Mariamman diizinkan bertapak

Rusuhan kuil: Polis nafi tuduhan Waytha Moorthy lambat bertindak

Baju PPBM antara dijumpai dalam kereta penceroboh kuil Sri Maha Mariamman

Situasi makin tegang FRU dihalang kereta diremuk

Wanita lalui detik cemas kereta dikeronyok kumpulan perusuh India










Baju PPBM antara dijumpai dalam kereta penceroboh kuil Sri Maha Mariamman Baju PPBM antara dijumpai dalam kereta penceroboh kuil Sri Maha Mariamman Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 26, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...