BAJET2019: Kasihan, ramai tidak akan dapat biasiswa belajar – Najib



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan berkata, jumlah penerima biasiswa kerajaan mungkin berkurangan tahun depan disebabkan pemotongan peruntukan dalam Bajet 2019.

Bekas perdana menteri berkata, kerajaan PH hanya menyediakan RM2 bilion berbanding RM2.5 bilion yang diperuntukkan kerajaan pimpinannya dalam Bajet 2018 bagi biasiswa pengajian tinggi dan latihan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Katanya, kerajaan pimpinannya turut menyediakan RM2.2 bilion untuk biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam berbanding hanya RM1.8 bilion yang diumumkan dalam Bajet 2019.

ARTIKEL BERKAITAN : BAJET2019 hanya ceramah politik, tiada manfaat baru untuk bantu rakyat

ARTIKEL BERKAITAN : Tak dapat tangguh bayar PTPTN salah Jho Low – Guan Eng

“Ini belum dikira faktor inflasi, di mana kos pengajian setiap pelajar akan meningkat.

“Maknanya apa? Berkemungkinan penerima biasiswa tahun depan akan berkurangan,” tulisnya dalam Facebook hari ini.

Selain peruntukan untuk biasiswa, beliau turut mendakwa peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut terjejas.

“Kini, para peminjam PTPTN yang mendapat ijazah kelas pertama kini tidak lagi secara langsung bertukar kepada biasiswa atau dikecualikan daripada bayaran balik.

ARTIKEL BERKAITAN : Mengapa B40 sahaja layak pelepasan bayaran balik PTPTN? – Najib Razak

ARTIKEL BERKAITAN : BAJET2019: Peruntukan SJKC lebih daripada SK

“Nampak seolah-olah kerajaan PH hari ini tidak mempedulikan masa depan pelajar dan pembangunan modal insan,” dakwanya.

Sehubungan itu, ahli Parlimen Pekan itu mempersoalkan aktivis pelajar dan pengkritik dasar pendidikan kenapa “membisu” terhadap tindakan kerajaan PH.

Jumaat lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, peruntukan terbesar diberikan kepada pendidikan kerana ia adalah sektor penting yang mengalami banyak perubahan dan rakyat tidak boleh ketinggalan dari segi ilmu pengetahuan.

Katanya, bidang pendidikan hari ini memerlukan penelitian lebih kerana banyak perkara yang perlu dipelajari generasi muda sekarang.

“Sebelum ini, kita hanya belajar sejarah empayar British atau geografi negara England.

ARTIKEL BERKAITAN : Peruntukan orang Melayu dimansuh, dipotong dengan dahsyat sekali – Najib

ARTIKEL BERKAITAN : BAJET2019: RM1,000 terlalu kecil untuk bayar PTPTN – Adam Adli

“Tetapi, kini kita belajar tentang teknologi maklumat (IT), teknologi, sains, matematik dan algoritma. Kesemua perkara ini kita perlu tahu, jika tidak kita akan ketinggalan.”

PH menerusi bajet pertamanya menyediakan RM60.2 bilion atau 19.1% daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan tahun depan bagi pendidikan, sejajar dasar kerajaan menyediakan pendidikan lebih berkualiti di semua peringkat.

Sebanyak RM652 juta daripada peruntukan itu bertujuan menaik taraf dan menyelenggara semua sekolah di seluruh negara. - FMT


Gaji menteri puluhan ribu tapi rakyat pula terpaksa berkorban
BAJET2019: Kasihan, ramai tidak akan dapat biasiswa belajar – Najib BAJET2019: Kasihan, ramai tidak akan dapat biasiswa belajar – Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 06, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...