Anthony ulang tidak layan desakan pemandu teksi



PUTRAJAYA 5 Nov.- Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook tidak akan melayan sebarang permintaan mempunyai unsur ugutan daripada wakil persatuan pemandu teksi, Datuk Shamsubahrin Ismail yang ingin mengadakan perhimpunan protes di Padang Merbuk, Kuala Lumpur.

Menurut Anthony, beliau bersedia untuk bertemu dengan mana-mana persatuan teksi sekiranya mereka mempunyai niat untuk berbincang.


"Itu bukan cara dan adab rakyat Malaysia untuk buat ugutan. Dahulu masa kita pembangkang, saya tidak cakap untuk buat protes sekiranya Perdana Menteri dan menteri enggan bertemu kita, cuma hantar memorandum sahaja.

"Malah saya telah tugaskan Setiausaha Politik secara khusus dan sepenuh masa untuk bertemu dengan semua persatuan teksi dan sudah banyak kita jumpa," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Penyokong Tun Mahathir ugut bakar semua teksi

ARTIKEL BERKAITAN : Dituduh biadab, pemandu teksi ikrar lumpuhkan KL

Anthony mengulas kenyataan Shamsubahrin hari ini yang mendakwa akan mengadakan perhimpunan protes secara aman pada Khamis ini sekiranya beliau enggan bertemu dengan wakil persatuan teksi tersebut.

Dakwa Shamsubahrin, pihaknya telah memohon untuk bertemu bersama Anthony selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), tetapi sehingga kini tiada maklum balas diberikan. - UO
Anthony ulang tidak layan desakan pemandu teksi Anthony ulang tidak layan desakan pemandu teksi Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 05, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...