Anggota Bomba tenat di ICU akibat diserang perusuh kuil Sri Maha Mariamman



ANGGOTA Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang diserang perusuh di Kuil Maha Mariamman, USJ25, 1 pagi hari ini dilaporkan parah dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Subang Jaya Medical Centre (SJMC).

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, mangsa Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai mengalami kecederaan patah tulang rusuk serta beberapa kecederaan dalaman.

"Akibat diserang perusuh, mangsa yang dipercayai mengalami patah tulang rusuk serta kecederaan dalaman lain kini berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Mangsa kini ditempatkan di unit ICU bagi membolehkan kesihatannya dipantau," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Anggota bomba datang ke lokasi bagi memadam kebakaran kereta di luar kuil berkenaan bersama pasukannya, cedera diserang kumpulan perusuh.

Bagaimanapun, mangsa diselamatkan beberapa orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum dibawa ke SJMC untuk rawatan lanjut.

Selain itu, serangan berkenaan turut menyebabkan dua jentera bomba membabitkan satu unit van EMRS dan jentera pemadam (FRT) turut dirosakkan kumpulan perusuh dianggarkan seramai 1,000 orang.

Antara kerosakan itu seperti cermin depan dan belakang pecah, tayar pecah serta tercabut, pintu jentera tercabut selain kemek pada bahagian badan kenderaan dipercayai akibat diserang dengan objek keras.

Jentera bomba yang dirosakkan sudah dibawa ke Balai Polis USJ8 bagi membolehkan siasatan di lakukan oleh polis. - HM


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]








ARTIKEL BERKAITAN :














Bangunan One City hancur diserang, kereta dibakar, Menteri masih hilang

Penunggang motosikal mati dipukul perusuh kuil Sri Maha Mariamman?

Anggota Bomba tenat di ICU akibat diserang perusuh kuil Sri Maha Mariamman

Anggota bomba nazak, hanya mampu bergantung kepada sistem sokongan hayat

KP Bomba menceritakan detik Adib ditarik, dipukul separuh mati oleh perusuh kuil Sri Maha Mariamman

Kawasan kuil kembali kecoh

Anggota bomba dipindahkan ke IJN

"Kita bukan nak serang kuil, cuma jangan pijak Melayu"

STATEMENT BODOH: Selangor tanggung kos perubatan anggota bomba cedera

Anggota Bomba tenat di ICU akibat diserang perusuh kuil Sri Maha Mariamman Anggota Bomba tenat di ICU akibat diserang perusuh kuil Sri Maha Mariamman Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 27, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...