Anggota bomba nazak, hanya mampu bergantung kepada sistem sokongan hayat



SUBANG JAYA 27 Nov. - Keadaan anggota bomba yang cedera parah akibat diserang kumpulan perusuh yang berhimpun di sekitar Kuil Maha Mariammam, USJ 25 dekat sini awal pagi tadi masih kritikal.

Lebih menyedihkan, mangsa, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, yang berasal dari Kedah bakal melangsungkan perkahwinan pada akhir Disember ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, mangsa masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) dan kini bergantung kepada sistem sokongan hayat.

Menurutnya, keadaan Muhammad Adib sangat kritikal dan doktor memaklumkan terdapat banyak kesan lebam di dada akibat dipukul dengan objek tumpul.

ARTIKEL BERKAITAN : Anggota Bomba tenat di ICU akibat diserang perusuh kuil Sri Maha Mariamman

"Selain itu tulang rusuknya juga patah sekali gus menyebabkan tercucuk pada paru-paru sehingga menyebabkan kesukaran bernafas dan paru-paru tidak dapat berfungsi dengan baik.

"Muhammad Adib akan diberi perhatian oleh lima doktor pakar yang akan memantau keadaannya sepenuh masa," katanya selepas melawat Muhammad Adib di SJMC, di sini hari ini.

Ujar Zuraida, beliau kesal dengan apa yang berlaku kerana pasukan bomba hanya datang untuk menghulurkan bantuan selepas menerima laporan kebakaran namun diserang dan diperlakukan sedemikian.

"Saya harap polis teliti semua video yang tular dan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang terlibat dalam kejadian ini.

"Saya juga meminta pihak kerajaan negeri memanggil semua pihak terlibat terutamanya pihak pemaju dan pihak kuil untuk duduk berbincang seperti orang dewasa bagi mencari penyelesaian isu ini," katanya. - UO


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]





ARTIKEL BERKAITAN :

Pergaduhan pemaju dan penganut Kuil Seafield Sri Maha Mariamman

Di mana Waytha Moorthy dan Gobind ketika Kuil Seafield Sri Maha Mariamman mahu dirobohkan?

Exco DAP tuduh umat Islam serang kuil Seafield Sri Maha Mariamman

Mufti Perlis arah KERAjaan PH ambil tindakan 'kuil' bina secara haram

One City nafi cetus rusuhan kuil Seafield Sri Maha Mariamman

Sebelum nak gaduh antara kaum cuba lihat fakta ini

Pergaduhan di Kuil, Waytha Moorthy salahkan Polis

Memahami garis masa isu kuil Sri Maha Mariamman

Era BN, kuil Sri Maha Mariamman diizinkan bertapak

Rusuhan kuil: Polis nafi tuduhan Waytha Moorthy lambat bertindak

Baju PPBM antara dijumpai dalam kereta penceroboh kuil Sri Maha Mariamman

Situasi makin tegang FRU dihalang kereta diremuk

Wanita lalui detik cemas kereta dikeronyok kumpulan perusuh India

Bangunan One City hancur diserang, kereta dibakar, Menteri masih hilang

Penunggang motosikal mati dipukul perusuh kuil Sri Maha Mariamman?

Anggota Bomba tenat di ICU akibat diserang perusuh kuil Sri Maha Mariamman

Anggota bomba nazak, hanya mampu bergantung kepada sistem sokongan hayat

KP Bomba menceritakan detik Adib ditarik, dipukul separuh mati oleh perusuh kuil Sri Maha Mariamman

Kawasan kuil kembali kecoh

Anggota bomba dipindahkan ke IJN

"Kita bukan nak serang kuil, cuma jangan pijak Melayu"

STATEMENT BODOH: Selangor tanggung kos perubatan anggota bomba cedera


Anggota bomba nazak, hanya mampu bergantung kepada sistem sokongan hayat Anggota bomba nazak, hanya mampu bergantung kepada sistem sokongan hayat Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 27, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...