Anggota bomba dipindahkan ke IJN



KUALA LUMPUR 28 Nov. - Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang cedera parah akibat diserang kumpulan perusuh yang berhimpun di sekitar Kuil Maha Mariamman, USJ 25, Putra Height awal pagi semalam, dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut malam tadi.

Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang sebelum itu dirawat di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) dibawa dengan ambulans dengan diiringi tiga kereta dan dua motosikal pengiring polis pada pukul 11.33 malam.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, keputusan tersebut diambil selepas perbincangan dibuat dengan pakar-pakar dari IJN kerana mempunyai peralatan yang baik untuk merawat mangsa.

"Pakar-pakar dari IJN telah berbincang dengan doktor di sini dan keputusan untuk membawa Muhammad Adib ke sana dibuat malam tadi.

"Di sana, Muhammad Adib akan diberi bantuan menggunakan satu mesin yang boleh membantu membawa masuk oksigen ke dalam paru-parunya. Mesin tersebut hanya satu sahaja di dalam negara ini," katanya kepada pemberita di SJMC, di sini hari ini.

Tambah beliau, keadaan mangsa sudah semakin baik berbanding tengah hari semalam. - UO





[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]






ARTIKEL BERKAITAN :



















Anggota bomba dipindahkan ke IJN Anggota bomba dipindahkan ke IJN Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 28, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...