Akhirnya Tun M mengaku skim FundMyHome untungkan pemaju



SEMENYIH: Sistem baharu melalui platform property crowdfunding akan memberi penyelesaian kepada isu lambakan rumah tidak terjual dan memastikan orang ramai mampu memiliki kediaman sendiri.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sistem baharu itu akan melibatkan pembeli kediaman dan pelabur yang berminat.

"Mereka boleh meminjam wang daripada bank dan wang itu akan dijadikan sumbangan mereka kepada pembelian, iaitu cuma 20 peratus sahaja daripada harga rumah. Bakinya akan dibeli oleh pelabur.

"Iaitu, kita ambil beberapa hartanah dan kita akan jadikan satu jenis perniagaan, yang mana sesiapa yang ingin melabur, boleh melabur

ARTIKEL BERKAITAN : SKIM FUNDMYHOME: Nak bantu rakyat atau pemaju? – Najib

"Yang ini juga, separuh daripada rumah itu dibina dengan duit pemaju dan pemaju akan dapat duit semula daripada bank, tetapi bahagian rumah itu akan dimiliki oleh pelabur.

"Ini tidak bermakna (pelabur) akan masuk rumah. Cuma pemilikan setakat yang dilabur. Tetapi rumah itu digunakan oleh pembeli," katanya pada sidang media selepas melancarkan FundMyHome.com, sebuah platform inovatif baharu dibangunkan EdgeProp Sdn Bhd di sini hari ini.

FundMyHome merupakan satu skim tanpa pinjaman bank dan bayaran bulanan, yang membolehkan lebih ramai rakyat memiliki rumah pertama mereka.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, sistem baharu dilaksanakan kerajaan itu akan dapat menangani masalah rakyat yang tidak mampu untuk membeli rumah melalui pelaburan pihak-pihak tertentu.


“Ada rumah dibangunkan, tetapi ramai tidak membeli. Hari ini ramai yang tidak mampu beli rumah walaupun mereka berminat mempunyai rumah sendiri. Bagi mereka itu, sistem ini terbuka kepada mereka," ujarnya.

Ini adalah satu kenyataan yang berbelit-belit. Katanya untuk rakyat memiliki rumah pertama. Tapi juga untuk sesiapa yang ingin melabur. Tapi kata juga untuk mereka yang tidak mampu untuk membeli rumah.

Bagaimana orang yang tidak mampu membeli rumah, mampu untuk sediakan deposit 20% dan mampu untuk beli rumah semata-mata untuk melabur padahal ia adalah rumah pertamanya? 

Namun tidak dinafikan skim ini mampu menyelesaikan lambakan rumah yang tidak terjual, bermaksud ianya pasti akan menguntungkan pemaju! - AA/AbuLeman
Akhirnya Tun M mengaku skim FundMyHome untungkan pemaju Akhirnya Tun M mengaku skim FundMyHome untungkan pemaju Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 11, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...