Ahli Parlimen Dap lunyai dikerjakan di Parlimen selepas menipu BN tak pernah bantu sekolah tahfiz

Ingat muka musuh Islam ni. Sengaja mengeluarkan kenyataan jahat untuk sesama Islam bergaduh.


KECOH… Umum maklum kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak serius usaha perkasa institusi tahfiz malah ada menterinya pernah cadang tutup premis itu hanya kerana kes jenayah terpencil!

Terbaharu, bagi alih kemarahan umat Islam terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang beri peruntukan lebih kepada sekolah Cina dalam Belanjawan 2019, seorang wakil DAP tuduh jahat BN konon tidak tolong sekolah tahfiz.

Keadaan aneh itu berlaku di Dewan Rakyat sesi petang semalam kecoh apabila Ahli Parlimen BN berang dengan sikap wakil Rasah lemparkan dakwaan fitnah terhadap kerajaan terdahulu konon tidak pernah bantu institusi tahfiz.

Beberapa anggota blok pembangkang malah turut meminta agar Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin itu kembali menarik tuduhan palsu tersebut kerana ia adalah satu penipuan secara terang-terangan ke atas sumbangan BN.

Wakil BN mengemukakan pelbagai bukti setelah Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof memohon agar bantu beri maklumat kepada Kee Chin dan setelah berpuas hati, beliau meminta Rasah tarik balik tuduhan itu.

Namun malangnya, sikap degil wakil DAP berkenaan yang tetap pertahan dakwaan tidak benar tersebut kemudian mengundang kekecohan berlarutan sehingga perkataan ‘bodoh’ dan ‘kurang ajar’ bergema di dalam dewan.

Punca kekecohan sebenarnya bermula apabila Ahli parlimen Lembah Pantai mencelah dengan menyatakan bahawa kononnya pihak kerajaan BN diterajui UMNO dahulu tidak pernah memberi bantuan kepada institusi tahfiz.

Dalam jawapannya, Rasah mendakwa Bajet 2018 dibentangkan BN tiada langsung bantuan kepada sekolah tahfiz, “Rujuk balik Belanjawan tahun lepas… bantuan untuk sekolah tahfiz zero (sifar)… tapi PH beri RM50 juta”.


Jawapan biadab Kee Chin itu yang jelas salah telah mengakibatkan Khairy Jamaluddin (Rembau) dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak) segera bangun untuk celah dan sangkal tohmahan liar wakil Rasah tersebut.

Rembau: Mana tidak pernah bagi… RM80 juta… RM50 juta… RM30 juta… bekas Menteri Pendidikan (Mahdzir Khalid) ada di sini… kalau nak bahas mana boleh tipu terang-terang macam itu. Tidak malu ke Rasah dan Lembah Pantai menipu terang-terang, tidak malu ke… Takde ‘kelas’ langsung…


Pasir Salak: You are lying (kamu tipu)… this is lying (ini tipu)… awak (Rasah) menipu dewan… Tarik balik…

Untuk rekod, dalam Bajet 2018, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak umumkan peruntukan RM50 juta kepada GiatMara bagi baik pulih dan selenggara sistem pendawaian di semua sekolah tahfiz berdaftar.

Ia ekoran kebakaran tragik sebuah pusat tahfiz di ibu negara pada 14 September 2018 akibat sabotaj sekumpulan remaja bermasalah disiplin yang ragut nyawa puluhan pelajar tidak berdosa selain warden asrama dan gurunya.

Selain itu, dalam Bajet 2017 juga, peruntukan RM80 juta kepada 819 sekolah pondok, sekolah menengah agama rakyat dan institusi tahfiz berdaftar juga diberi; bukti komitmen kerajaan BN dalam perkasa pendidikan Islam.

Agihan RM50 juta adalah di bawah Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah, serta RM30 juta bagi selaras pembangunan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara. – Agensi/Mynewshub.TV


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Ahli Parlimen Dap lunyai dikerjakan di Parlimen selepas menipu BN tak pernah bantu sekolah tahfiz Ahli Parlimen Dap lunyai dikerjakan di Parlimen selepas menipu BN tak pernah bantu sekolah tahfiz Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 14, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...