Adun Guar Cempedak keluar Umno



ALOR SETAR: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini dimaklumkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.

Pengumuman itu dibuat Speaker DUN, Datuk Ahmad Kassim sebaik persidangan bermula, sebelum sesi soalan lisan berlangsung pagi ini.

“Perkara ini dimaklumkan kepada saya melalui satu surat yang diterima semalam… jadi tempat duduk beliau dalam dewan ini akan diubah,” katanya.

Ku Abdul Rahman, 62, berasal dari Yan dekat sini, menang pada pilihan raya umum Mei lepas selepas menewaskan calon PAS, Musoddak Ahmad.

Beliau menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sejak 2008 dan pernah dilantik sebagai exco kerajaan Negeri pada 2013 hingga 2018.

Pemegang ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Rubber Science daripada Universiti Loughborough, United Kingdom itu pernah menjadi setiausaha politik kepada bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Syed Hamid Albar pada 1997 hingga 2001. - FMT
Adun Guar Cempedak keluar Umno Adun Guar Cempedak keluar Umno Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 12, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...