Saya pastikan KERAjaan Melaka kekang gerakan Syiah – Adly



AYER KEROH 14 Nov. – Kerajaan Negeri Melaka berpendirian teguh bagi mengekang isu gerakan Syiah yang sering dibangkitkan di negeri ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, beliau yang juga sebelum ini sudah menyatakan statusnya yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah serta berharap isu itu tidak dibangkitkan lagi pada masa hadapan.

Menurutnya, sejak tahun 2017 sehingga kini masih tiada kelompok khusus kumpulan Syiah yang bertapak di Melaka.

ARTIKEL BERKAITAN : Ketua Menteri Melaka Undang Ketua Syiah Malaysia

“Kita tegaskan tiada ajaran tersebut di Melaka, justeru kerajaan negeri sentiasa mengambil tindakan termasuk penekanan pendidikan Islam di negeri ini yang mengikut sistem pendidikan di Malaysia.

“Ia juga selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

Adly berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang) pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Keempat Belas di Seri Negeri, hari ini.


Jelas Adly, kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus melaksanakan kaedah pengesanan dan penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang yang terpakai masa kini.

“Ia peruntukan di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 seperti Seksyen 48:Penerbitan agama yang berlawanan dengan hukuman syarak; Seksyen 60: ajaran salah dan Seksyen 63:menghina agama Islam.

“Manakala peruntukan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 seperti Seksyen 106:Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam dan Seksyen 107:Kesalahan mengajar agama Islam atau apa-apa perkara agama Islam tanpa tauliah,” katanya. – MK
Saya pastikan KERAjaan Melaka kekang gerakan Syiah – Adly Saya pastikan KERAjaan Melaka kekang gerakan Syiah – Adly Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 17, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...