Tun M sokong batal tangkap khalwat



jika pegawai agama mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi agama Islam, ‘tiada lagi ketukan atau pintu dipecahkan’.

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Tun Dr. Mahathir Mohamad bagaikan merestui keputusan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof bahawa tiada lagi serbuan khalwat bagi pasangan Islam dalam kawasan persendirian.

Perdana Menteri berkata, ini kerana Islam tidak mengajar sesiapa untuk mencari kesalahan orang lain.


“Islam tidak suruh kita nak cari salah sahaja. Sampai nak ‘kerabat’ (panjat) masuk dalam rumah orang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Persidangan Penuaan, Pembelajaran dan Teknologi : Memperkayakan Kehidupan, Menghubungkan Komuniti di Petrosains, Suria KLCC di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mujahid yang berpendirian apa yang dilakukan oleh individu di sebalik pintu yang bertutup bukan urusan kerajaan.



Mujahid berkata, jika pegawai agama mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi agama Islam, ‘tiada lagi ketukan atau pintu dipecahkan’.

“Katakanlah kamu melakukan sesuatu secara peribadi, dalam kawasan persendirian, saya tidak akan masuk campur,” ujar Mujahid. - UO


Tun M sokong batal tangkap khalwat Tun M sokong batal tangkap khalwat Reviewed by Abu Leman Abu Seman on October 06, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...