Perdana Menteri Malaysia dimalukan dalam rancangan BBC Hardtalk isu 2.6 bilion



Wartawan BBC Hardtalk telah bertanya kepada Tun M tentang dakwaan korupsi 2.6 billion terhadap DS Najib Razak.

Wartawan itu mengatakan bahawa DS Najib telah mengatakan bahawa wang tersebut adalah sumbangan daripada Kerajaan Arab Saudi dan beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan. Malah siasatan yang dilakukan oleh pihak berwajib di Malaysia telah membebaskan beliau dari segala pertuduhan. Mengapa anda kekal berpendapat yang Najib bersalah?

Tun berkata, itu hanya alasan Najib yang dia dapat wang tersebut secara percuma dari Saudi. Tetapi tidak ada sesiapa yang memberikan wang sebanyak itu kepada sesiapa di dalam sejarah dunia.

Wartawan tersebut kemudian berkata, “Bagaimana anda tahu?”

Jawapan Tun adalah, “Saya tak pernah baca ada kisah orang terima wang sebanyak itu.”

[ ARTIKEL BERKAITAN : Akhirnya Najib dedah dokumen RM2.6 bilion dana dari Saudi ]

[ ARTIKEL BERKAITAN : Najib dedah dokumen bukti pulang dana RM2.6 bilion ]

Wartawan itu bertanya lagi, “Adakah anda sudah bertanya kepada pihak Saudi apakah mereka beri sumbangan itu kepada Najib?”

Tun tergagap terus. Matanya mengelak memandang wartawan dan kemudian tunduk ke bawah sebelum menjawab...

Kelakar beb jawapan Tun....

Tun kata, “Well...Jika Saudi ada memberikan Najib wang...pergerakan wang ini akan meninggalkan money trail. Tunjukkan kami bukti dokumen yang duit itu transfer dari akaun mereka (Saudi) ke akaun Najib.”

DS Najib dah tunjuk dokumen ini lama dah. Memang ada transfer wang ratusan juta dari akaun Kementerian Kewangan Arab Saudi ke akaun Najib.

Kemudian Tun M tambah lagi...Arab Saudi kena nyatakan bagaimana mereka memperoleh wang sebanyak itu (2.6 billion) untuk disumbangkan kepada Najib.

[ ARTIKEL BERKAITAN : KANTOI: Gambar Tun M terpacul di pertemuan Najib dan Putera Saudi ]

[ ARTIKEL BERKAITAN : Perbicaraan ini akan buktikan saya bukan pencuri – Najib ]

Ya Rabbi...semua orang dalam dunia tahu kot yang Arab Saudi ni antara negara terkaya dunia dengan hasil minyak yang terlalu banyak. Bani Saud bukan macam Bani Mahathir yang multi billionaire sedangkan Mahathir hanya seorang doktor klinik biasa.

Namun...Tun kekal gagal menjawab soalan wartawan BBC iaitu, Apakah Mahathir sudah bertanya kepada pihak Saudi. Beliau hanya spin dan spin.

Mahathir telah kantoi. Mahathir TIDAK BERTANYA KEPADA PIHAK SAUDI dan memilih untuk terus menerus memfitnah Najib Tun Razak.

Saksikan di dalam video di bawah. Terkemut-kemut muka penipu tua. – Nabeel Naqie

[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Perdana Menteri Malaysia dimalukan dalam rancangan BBC Hardtalk isu 2.6 bilion Perdana Menteri Malaysia dimalukan dalam rancangan BBC Hardtalk isu 2.6 bilion Reviewed by Abu Leman Abu Seman on October 03, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...