TMJ namakan 4 calon potensi jadi PM masa depan, Mukhriz tiada dalam senarai



JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menamakan empat figura berpotensi menjadi perdana menteri di masa akan datang.

Pendapat dikongsi menerusi laman Twitter rasmi beliau itu menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali.

Turut menjadi pilihan Tunku Ismail adalah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Bagaimanapun Tunku Ismail menjelaskan kenyataan itu bukan bersifat bersifat mahu mencampuri hal politik tetapi sekadar pilihan peribadinya sahaja.

“Ini cuma pilihan saya, tidak mencampuri hal politik langsung, jadi jangan ada yang melatah.

“Anda tahu siapa yang saya rasa berpotensi menjadi perdana menteri terbaik satu hari nanti, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Azmin Ali, Khairy Jamaluddin dan Nurul Izzah,” katanya dalam tweet berkenaan. - AA


TMJ namakan 4 calon potensi jadi PM masa depan, Mukhriz tiada dalam senarai TMJ namakan 4 calon potensi jadi PM masa depan, Mukhriz tiada dalam senarai Reviewed by Abu Leman Abu Seman on October 05, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...