Tiada lagi tangkap khalwat waktu malam – Mujahid



KUALA LUMPUR: Tiada lagi ketukan pintu di waktu tengah malam oleh pihak berkuasa agama yang menyiasat laporan khalwat atau salah laku lain.

Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh orang Islam di belakang pintu tertutup bukanlah urusan pihak kerajaan.

"Katakan anda melakukan sesuatu dalam ruang peribadi anda, saya tidak akan campur tangan.

"Sebagai contoh, pengambilan alkohol adalah satu kesalahan bagi seorang Muslim, tetapi jika anda melakukan perbuatan itu di dalam kawasan anda, maka sebagai sebahagian daripada kerajaan, saya tidak akan campur tangan," ujarnya.

Dr Mujahid yang bertanggungjawab dalam urusan agama Islam mengakui bahawa dia memikul tugas yang berat dalam mengubah imej kementeriannya.

Malah, beliau berkata, dia berhadapan pelbagai isu panas seperti LGBT, perkahwinan bawah umur, kes liwat tahfiz dan sebagainya sejurus menerima jawatan itu.

Dalam temu bual eksklusif bersama The Star, Dr Mujahid berkata, beliau cuba untuk mengubah cara berfikir yang disifatkannya sebagai "konservatif agama" dalam kalangan penjawat awam yang mahu menegakkan kesucian agama Islam dengan pemahaman mereka sendiri.

Tambahnya, Islam yang dikehendaki beliau adalah berkonsepkan "belas kasihan untuk semua" (rahmatan lil alamin).

"Kisah kerajaan Islam akan diterjemahkan ke dalam dasar kita, semua aktiviti kehakiman Islam, semua hubungan kita dengan agama lain.

"Islam yang mengasihi tidak membahayakan kepentingan rakyat atau kepentingan perpaduan dan keharmonian negara," katanya.

Malah, dia turut mengutuk tindakan memecahkan pintu bagi menangkap pesalah khalwat dan berharap ia tidak diulang lagi dalam pembaharuan yang mahu dilaksanakannya.

"Penguatkuasaan khalwat ini telah disalahgunakan dan dieksploitasi dalam beberapa kes. Mereka (pegawai) tidak sepatutnya menggangu ruang lingkup peribadi seseorang individu," ujar beliau lagi. - MS

Wah! Suka la Mat Sabu ye? Dan makin berleluasa la aktiviti pelacuran selepas ini. Tahniah pengundi PH.

Tiada lagi tangkap khalwat waktu malam – Mujahid Tiada lagi tangkap khalwat waktu malam – Mujahid Reviewed by Abu Leman Abu Seman on October 06, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...