Saya tak pernah minta maaf kepada Anwar - Dr Mahathir



KUALA LUMPUR 2 Okt. - Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak pernah memohon maaf secara rasmi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan perkara itu diakui sendiri oleh Perdana Menteri dalam satu wawancara khas bersama media antarabangsa, BBC, hari ini.

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD mengakui tidak pernah minta maaf secara rasmi kepada Datuk Seri Anwar Ibrah

Dr. Mahathir berkata, pihak lain yang membuat pelbagai andaian terhadapnya kerana mahu beliau meminta maaf ekoran tindakanya memecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.

“Itu pendapat beliau. Saya tidak pernah memberitahunya, tapi orang lain yang meletakkan perkataan di mulut saya, sebab mereka mahu saya minta maaf.

“Tapi saya tidak pernah buat sebarang permohonan maaf secara formal kepada beliau,” katanya dalam temubual tersebut.

Terdahulu, wartawan BBC yang juga hos wawancara tersebut, Zeinab Badawi membacakan semula kenyataan Anwar ketika ditemubual stesen berita itu, Jun lalu.

“Dr. Mahathir memberitahunya beliau membuat kesilapan dan beliau mahukan peluang untuk membetulkannya,” katanya memetik Anwar.

Dalam wawancara yang sama, Dr. Mahathir berkata, beliau kesal apabila Anwar dipenjarakan tetapi beliau tidak patut dipersalahkan kerana hukuman itu merupakan keputusan mahkamah.

“Saya menyesal beliau ke penjara tapi saya tak boleh dipersalahkan kerana keputusan itu dibuat oleh mahkamah, bukan dibuat oleh saya,” katanya. - UO
Saya tak pernah minta maaf kepada Anwar - Dr Mahathir Saya tak pernah minta maaf kepada Anwar - Dr Mahathir Reviewed by Abu Leman Abu Seman on October 02, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...