Saya tak harap maaf Mahathir – Anwar



KUALA LUMPUR 2 Okt. - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau tidak pernah mengharapkan sebarang permohonan maaf daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad selama ini.

Malah Anwar mendedahkan beliau sudah lama memaafkan tindakan Perdana Menteri itu pada masa lalu.

“Saya tidak pernah meminta Dr. Mahathir memohon maaf malah saya sentiasa menegaskan bahawa saya berpuas hati dengan sikap dan kesediaan beliau untuk bekerjasama dengan kami. Lupakan kisah silam dan maju ke hadapan.

“Sebenarnya isu permohonan maaf ini adalah gesaan anda (media) dan bukannya saya,” katanya.


Beliau ditemui pemberita dalam majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ikon Kemerdekaan India, Mahatma Gandhi anjuran Pusat Kebudayaan India, Netaji Subash Chandra Bose di sini, hari ini.

Dr. Mahathir dalam satu wawancara khas bersama media antarabangsa, BBC hari ini mendakwa tidak pernah memohon maaf secara rasmi kepada Anwar.

Dr. Mahathir berkata, pihak lain yang membuat pelbagai andaian terhadapnya kerana mahu beliau meminta maaf ekoran tindakannya memecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998.

Dalam wawancara sama, Dr. Mahathir berkata, beliau kesal apabila Anwar dipenjarakan tetapi dirinya tidak patut dipersalahkan kerana hukuman itu merupakan keputusan mahkamah. - UO
Saya tak harap maaf Mahathir – Anwar Saya tak harap maaf Mahathir – Anwar Reviewed by Abu Leman Abu Seman on October 02, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...