Sekali lagi Saiful Bukhari bersumpah diliwat Anwar di PD



PORT DICKSON: Calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan, sekali lagi menegaskan kejadian kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008 benar-benar berlaku.

Bekas pembantu peribadi kepada Ketua Umum PKR itu berkata, beliau sudah bersumpah tiga kali bagi mempertahankan dakwaan berkenaan.

“Saya sudah membuat laporan polis, bersumpah tiga kali, sekali di Masjid Wilayah Persekutuan, di Makkah dan di mahkamah, namun Anwar tidak pernah sekali pun bersumpah.


“Memang benar kes liwat itu berlaku,” katanya dalam ceramah kelompok pertamanya di Kampung Teluk Pelanduk di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan seorang penduduk sama ada kes liwat itu benar-benar berlaku atau sekadar fitnah.

Mengulas pengampunan penuh yang diterima calon Pakatan Harapan (PH) itu, Mohd Saiful berkata hanya orang yang pernah melakukan kesalahan diberikan pengampunan.

“...saya perlu menghalang dia ke tampuk kuasa...kita hanya mahukan kebenaran...,” katanya.

Di satu siri jelajah kempen yang lain, Saiful ditemubual oleh seorang anak qariah di Masjid Kg. Paya dan mencabarnya supaya bersumpah jika beliau benar-benar diliwat oleh Anwar.

Saiful bersumpah dihadapannya, jika beliau berdusta, Allah akan melaknat beliau.

Saiful juga mempersoalkan, termasuk sumpah yang terkini, mengapa Anwar masih lagi tidak berani bersumpah setelah 4 kali beliau bersumpah tentang dakwaan beliau diliwat.- BH/AbuLeman


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Sekali lagi Saiful Bukhari bersumpah diliwat Anwar di PD Sekali lagi Saiful Bukhari bersumpah diliwat Anwar di PD Reviewed by Abu Leman Abu Seman on October 07, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...