PM lantik Mukhriz Pengerusi LADA, ayah ucap tahniah



Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir telah dilantik sebagai Pengerusi Bersama Jemaah Pengarah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) berkuat kuasa mulai 11 Mei 2018 yang lalu.

Jawatan yang akan disandang selama mana beliau menjadi Menteri Besar Kedah itu dilantik oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana percaya Mukhriz akan dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang untuk kemajuan LADA dan Pulau Langkawi.


Sementara itu, ayah Mukhriz mengucapkan tahniah di atas perlantikannya oleh Perdana Menteri. Sesungguhnya beliau telah mengharumkan nama ibu bapa dan keluarganya dengan pencapaian itu.

Sebelum ini Tun Mahathir pernah membidas pihak yang mempersoalkan kekayaan dimiliki bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir walhal isu tersebut tidak pula dibangkitkan ketika eranya menjadi Perdana Menteri ke-4.

“Masa saya PM (Perdana Menteri) depa (mereka) kaya tak? Tidak ada khabar angin mengenai kekayaan anak saya menjadi sangat kaya.


“Jika mereka kaya sekarang, itu adalah usaha mereka sendiri dan mereka layak untuk kaya,” katanya  kepada media di Parlimen selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), di Parlimen pada Selasa lalu

Perlantikan itu wajar kerana Mukhriz layak dan mampu melakukan tugas itu dengan baik. Tiada siapa di dalam Malaysia ini yang layak dan mampu untuk melakukan tugasan itu sebaik Mukhriz. – Abu Leman



PM lantik Mukhriz Pengerusi LADA, ayah ucap tahniah PM lantik Mukhriz Pengerusi LADA, ayah ucap tahniah Reviewed by Abu Leman Abu Seman on October 05, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...