Pengajar rancangan Muqaddam, Hassan Azhari meninggal dunia



KUALA LUMPUR 6 Okt. - Pengajar rancangan Muqaddam yang popular sekitar awal 1970-an, Tan Sri Hassan Azhari meninggal dunia pada pukul 5.07 petang hari ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana menghidap kanser limfoma tahap empat.

Menurut menantunya, Mohd. Hazli Hassan, Allahyarham dimasukkan ke HKL Ahad lalu selepas disahkan menghidap penyakit itu.

“Jenazah akan dibawa ke rumahnya di No. 2 Persiaran Keramat Hujung sebelum dikebumikan,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Allahyarham Hassan, 90, menjadi pengajar rancangan Muqaddam selama lapan tahun di saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1970-an.

Tokoh Maal Hijrah 2002 itu juga pernah melaungkan azan semasa menyambut kemerdekaan negara di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.

Allahyarham juga merupakan hakim pertandingan Tilawah al-Quran paling lama berkhidmat dalam negara selama 46 tahun.

Allahyarham juga merupakan bapa kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pelakon terkenal tanah air, Datuk Jalaluddin Hassan.- UO

[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Pengajar rancangan Muqaddam, Hassan Azhari meninggal dunia Pengajar rancangan Muqaddam, Hassan Azhari meninggal dunia Reviewed by Abu Leman Abu Seman on October 06, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...