Penahanan Rosmah melampaui batas - Yana Najib



Jelas sayu dengan apa yang berlaku ke atas ibunya, anak Datuk Seri Najib Razak meluahkan rasa isi hatinya dalam satu hantaran di Instagram peribadi miliknya, @yananajib petang ini.

Melalui hantaran yang jelas beremosi itu Nooryana Najwa menyifatkan penahanan ibunya Datin Seri Rosmah Mansor sebagai sesuatu yang melampaui batas.

"Saya boleh terima jika tindakan diambil ke atas insan yang pernah memegang tampuk pemerintahan, tetapi turut melibatkan isteri kesayangannya adalah tindakan yang melampaui batas.

"Dua minggu lalu, anda menyerbu rumah ibunya dan hari ini anda mereman isterinya dan bercadang mendakwanya pada hari yang sama suaminya dijadual hadir ke mahkamah.

"Saya rasa esok esok akan menjadi satu persembahan 'sarkis media' yang hebat," katanya.




[ ARTIKEL BERKAITAN : SPRM: Rosmah ditahan, pendakwaan esok ]


Menurut Nooryana Najwa lagi dia menerima panggilan telefon yang memaklumkan mengenai penangkapan Rosmah pada awal pagi.

Untuk rekod dia sedang melanjutkan pengajian di Universiti Harvard di Boston, AS.

"Saya menerima panggilan telefon yang kejam itu pada 4 pagi.

"Telalu sedih untuk menangis, terlalu marah untuk menjerit. Saya hanya mampu bangun, mengambil wuduk dan menunaikan solat tahajud untuk Mummy," katanya.



Nooryana Najwa juga menyatakan dia yakin ibunya akan tetap tenang dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Malah katanya dia percaya Rosmahlah yang akan bimbang terhadap orang lain yang ada di rumahnya.

"Pasti dia tertanya-tanya sendiri: Bagaimana Gina menerima berita ini? Saya harap dia akan ke kelas hari ini. Adakah Adam akan OK?" tulisnya lagi.

Gina adalah nama panggilan Rosmah buat Nooryana Najwa, manakala Adam ialah cucunya hasil pernikahan Nooryana Najwa dengan Daniyar Nazarbayev.

Nooryana Najwa kemudian melanjutkan catatatnya:



"Mummy, walaupun Mummy tak dapat mendengar luahan hati saya, saya harap Mummy tahu yang saya OK.

"Saya akan bangun dari katil dan pergi ke kelas, dan Adam akan tetap sabar menantikan Mummy di Facetime.

"Rehatlah malam ini, dan cubalah menjamah makanan untuk mengalas perut.

"Tidak kira betapa sukarnya keadaan ini, saya akan terus teguh berdiri bersama wanita yang melahirkan saya, memujuk saya ketika saya menangis, tidur dengan saya ketika saya sakit dan mengajar saya untuk berdiri di atas kaki sendiri.

"Seperti kata-kata mummy pagi ini, insya-Allah, kami akan dapat bertahan."



Datin Seri Rosmah Mansor ditahan SPRM pada kira-kira jam 3.20 petang tadi.

Beliau akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk didakwa esok berkaitan skandal 1MDB. - MK



Penahanan Rosmah melampaui batas - Yana Najib Penahanan Rosmah melampaui batas - Yana Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on October 03, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...