Najib: Tiada larangan berkempen di facebook



Polis dijangka memanggil bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat berhubung status Facebooknya yang berkempen pada hari mengundi sewaktu pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis.

Ketua Polis Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hasan berkata, polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat perkara itu.

"Siasatan masih dalam tindakan. Semua yang terlibat akan dipanggil masa terdekat. Hanya menunggu pengesahan dari SKMM mengenai beberapa perkara," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.


[ ARTIKEL BERKAITAN : Najib jawab tuduhan larangan berkempen di facebook ]

Satu laporan polis telah dibuat oleh BERSIH kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap Najib berhubung status Facebooknya pada 4 Ogos, di mana bekas presiden Umno itu meminta para pengundi menyokong calon BN Datuk Lokman Noor Adam.

Suruhanjaya itu kemudian membuat laporan polis terhadap Najib.

Menurut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta 5, (rujuk di sini) tafsiran 'tempoh berkempen' yang mana di dalamnya juga dimasukkan frasa kempen pilihan raya yang dilakukan 'di dalam bahagian pilihan raya calon itu' dan juga dimasukkan frasa 'pengundian yang akan dijalankan di dalam bahagian pilihan raya', menunjukkan larangan tersebut hanya bagi berkempen di dalam kawasan bahagian pilihan raya sahaja.

Tafsiran:

“tempoh berkempen”, berhubung dengan sesuatu pilihan raya, ertinya tempoh mana-mana calon atau ejen pilihan rayanya dibenarkan mengadakan kempen pilihan raya di dalam bahagian pilihan raya calon itu, iaitu tempoh yang bermula dari masa pegawai pengurus mengisytiharkan bahawa suatu pengundian akan dijalankan di dalam bahagian pilihan raya yang baginya dia dilantik dan berakhir apabila tamat hari sebelum hari mengundi.


Tafsiran 'bahagian pilihan raya' pula adalah seperti berikut;

“bahagian pilihan raya” ertinya sesuatu kawasan yang ditetapkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis bagi maksud sesuatu pilihan raya;


Bermaksud larangan mutlak adalah bagi mereka yang berkempen di dalam bahagian yang diadakan pilihan raya di sesuatu kawasan, bukan di media sosial.

Tidak ada satu akta yang melarang mengajak untuk mengundi calon pilihan di media sosial seperti yang didakwa oleh BERSIH. – AbuLeman


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Najib: Tiada larangan berkempen di facebook Najib: Tiada larangan berkempen di facebook Reviewed by Abu Leman Abu Seman on October 01, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...