HARUNGI BERSAMA: Najib, Rosmah beredar dari mahkamah



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini, pada jam 12.30 tengah hari ini.

Najib dan isterinya kelihatan tenang malah sempat memberikan senyuman sebelum memasuki kenderaan Proton Perdana berwarna hitam.

Bekas Perdana Menteri itu juga menunjukkan ibu jari sebagai tanda ‘baik’ selepas diasak pelbagai persoalan oleh wartawan yang berkumpul di pekarangan mahkamah itu, sejak jam 7 pagi tadi.


Sebelum itu, Najib dan Rosmah sempat berpegangan tangan di luar Mahkamah Sesyen selepas prosiding kes dihadapi isterinya tamat.

Perbuatan mesra mereka itu mendapat perhatian orang ramai sebelum ia dirakam jurugambar dan juruvideo.

Terdahulu , Rosmah tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini, pada jam 8.27 pagi tadi.

Rosmah dilihat masuk ke pekarangan mahkamah itu menaiki kenderaan Toyota Alphard berwarna hitam dengan diiringi motosikal trafik dan kereta peronda polis bagi menghadapi pertuduhan berhubung isu syarikat subsidiari 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd dan pengubahan wang haram.

Beliau yang memakai baju kurung, selendang dan kasut jingga masuk ke lobi mahkamah berkenaan dengan diiringi beberapa kakitangan SPRM terbabit.


Kehadiran Rosmah disusuli dengan ketibaan Najib di mahkamah sama pada jam 8.38 pagi bagi mengikuti prosiding sebutan semula kesnya di Mahkamah Tinggi.

Bekas Perdana Menteri itu yang hadir memakai kemeja biru dan jaket hitam dilihat masuk ke pekarangan mahkamah itu menaiki kenderaan dengan diiringi motosikal trafik dan kereta peronda polis.

Sebaik tiba, Najib sempat bersalaman dengan beberapa pengikut beliau yang hadir bagi memberi sokongan dan tiba seawal jam 7 pagi. - BH





[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
HARUNGI BERSAMA: Najib, Rosmah beredar dari mahkamah HARUNGI BERSAMA: Najib, Rosmah beredar dari mahkamah Reviewed by Abu Leman Abu Seman on October 04, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...