Najib bakal berdepan 100 pertuduhan – Lokman Adam



KUALA LUMPUR: Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa terdapat rancangan untuk mengenakan 100 pertuduhan di mahkamah terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Lokman yang mendakwa mengetahui perkara tersebut melalui sumber terdekat kerajaan, berkata selain Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga akan ditahan pihak berkuasa.

“Ada khabar angin yang kita dengar, Rosmah akan dibawa ke SPRM, akan ditahan dan dibawa ke mahkamah untuk dituduh. Perkara sama akan berlaku terhadap Zahid dan Najib.

“Sekarang ini sudah ada 21 pertuduhan, ada rancangan untuk kenakan 100 pertuduhan kepada Najib, inilah caranya untuk menghalang Najib dari bersuara,” katanya di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, hari ini.


Lokman menambah, beliau sendiri hairan mengapa bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Aziz tidak ditahan berhubung dana yang masuk ke akaun peribadi Najib.

“Kebenaran sudah diberikan oleh Zeti, ada 4 surat dikeluarkan sebelum wang itu dimasukkan ke dalam negara. Kita difahamkan individu yang menasihati Najib adalah Zeti.

“Kenapa Zeti tidak dituduh seperti yang dituduh Jabatan Peguam Negara terhadap Najib dan Rosmah, ini tidak boleh diterima langsung.

“Bahkan saya tidak faham kenapa SPRM menuduh Najib tanpa keterangan Pengarah SRC International Sdn Bhd (SRC International), Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil,” katanya.

Hari ini, Najib dan Rosmah disoal siasat polis serta SPRM di 2 lokasi berasingan. Najib tiba di Menara KPJ di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur yang merupakan ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

Rosmah pula tiba jam 10.40 pagi di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, 5 hari selepas disoal siasat selama 13 jam berhubung dakwaan peranannya dalam skandal 1MDB. - FMT


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Najib bakal berdepan 100 pertuduhan – Lokman Adam Najib bakal berdepan 100 pertuduhan – Lokman Adam Reviewed by Abu Leman Abu Seman on October 03, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...