Mujahid tiada kuasa arah penguatkuasa henti operasi – Mufti Pahang



Selama ni pun kita tak pergi (operasi khalwat) tanpa sebab. Ada aduan baru pergi. Bukan suka-suka kita pergi

KUANTAN: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa tidak mempunyai kuasa mengarahkan pegawai penguatkuasa agama menghentikan operasi khalwat atau aktiviti menyalahi ajaran Islam di premis persendirian seperti rumah.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, berkata ini kerana kuasa sedemikian adalah terletak di bawah majlis agama di negeri masing-masing contohnya di Pahang ia membabitkan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

“Beliau sebenarnya hanya menteri yang menjaga hal ehwal JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), hal-hal agama seperti penguatkuasaan terletak di bawah negeri.


“Lagipun sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk mencegah kemungkaran dan mengalakkan kepada kebaikan...ia disebut dalam al Quran dan perlu diakui perkara ini,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Mujahid dalam temubual eksklusif dengan sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam.

Mujahid menegaskan apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup adalah bukan urusan kerajaan.



Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, ada pihak cuba memberi persepsi negatif berhubung serbuan yang dilakukan pihak penguatkuasa agama sehingga menimbulkan polemik di kalangan masyarakat.

“Sebenarnya pegawai penguatkuasa tidak boleh secara sewenang-wenangnya membuat serbuan atau operasi di rumah persendirian...hanya selepas menerima aduan baharu mereka boleh bertindak.

“Mereka hanya bertanggungjawab untuk bertindak atas aduan dibuat penduduk lain, tetapi ada pihak menggambarkan keadaan sebaliknya,” katanya. - BHP


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]


Mujahid tiada kuasa arah penguatkuasa henti operasi – Mufti Pahang Mujahid tiada kuasa arah penguatkuasa henti operasi – Mufti Pahang Reviewed by Abu Leman Abu Seman on October 06, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...