Mujahid jika ada maruah sila letak jawatan – PU Syed



SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa didesak agar segera meletakan jawatan sebagai menteri.

Juara Pencetus Ummah Musim Ketiga, Syed Mohd Bakri Syed Islam, berkata desakan itu dibuat kerana dirasakan Mujahid tidak mampu untuk menguruskan isu berkaitan kemaslahatan umat Islam.



Katanya, jawatan itu perlu diberi kepada orang yang lebih berautoriti dan faham mengenai Islam.

"Kalau ada maruah letaklah jawatan.Berilah peluang kepada yang lebih baik untuk memangku jawatan itu.

"Jangan dirombak apa yang dah baik, jangan bagi peluang golongan liberal tepuk tangan.Jangan buka ruang untuk mudah orang melakukan maksiat," katanya menerusi perkongsian di Facebooknya.



Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mujahid yang dipetik berkata tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam.

Sebaliknya tegas Mujahid, apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup adalah bukan urusan kerajaan. - SH

[ ARTIKEL BERKAITAN : Cegah maksiat tugas kerajaan – Mufti N. Sembilan ]

[ ARTIKEL BERKAITAN : Mujahid tiada kuasa arah penguatkuasa henti operasi – Mufti Pahang ]


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]


Mujahid jika ada maruah sila letak jawatan – PU Syed Mujahid jika ada maruah sila letak jawatan – PU Syed Reviewed by Abu Leman Abu Seman on October 07, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...