BONGKAR: Menteri Undang-Undang terima RM3.5 juta wang 1MDB tetapi mengapa tidak disiasat?



29 Jun yang lalu SPRM dan Pasukan Petugas Khas 1MDB mengesahkan telah membekukan 900 akaun bank yang mempunyai kaitan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ia termasuk akaun milik UMNO Pusat, UMNO negeri, individu, persatuan, syarikat dan beberapa organisasi termasuk parti komponen Barisan Nasional (BN), Malaysian Chinese Association (MCA), Malaysian Indian Congress (MIC), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang dipercayai dikaitkan dengan dana 1MDB melalui akaun peribadi Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Malaysiakini dalam laporan khasnya sebelum ini mendedahkan senarai transaksi penerima sebahagian kecil dan tertumpu kepada waktu Pilihan Raya Umum (PRU) 2013.


Bagaimanapun dalam pendakwaan terpilih kepada Datuk Seri Najib pada 20 September lalu, beliau didakwa dengan empat pertuduhan mengikut Seksyen 23 (1) dan 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 serta 21 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (a) - Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) melibatkan jumlah lebih RM3.5 bilion.

Menteri Undang-undang terima dana RM3.5 juta dikaitkan dengan 1MDB

Datuk Liew Vui Keong (VK Liew) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) berdiam diri mengenai siasatan kes dana 1MDB atau derma RM2.6 bilion ke akaun Najib.

Padahal sebenarnya beliau juga adalah salah seorang penerima dana itu yang berjumlah RM3.5 juta sejak 5 April 2012 hingga 16 April 2013.

VK Liew Menteri Undang-undang yang dahulunya Presiden LDP menerima dana RM3.5 juta

Liew adalah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam kerajaan terdahulu ketika di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Kabinet bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2009 hingga 2013.

Liew merupakan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) sejak 2006 hingga 2014 dan menjadi Anggota Parlimen Sandakan selepas menang dalam pertandingan tiga penjuru pada PRU12 atas tiket BN, namun usahanya untuk mempertahankan kerusi itu pada PRU13 gagal setelah tewas kepada calon DAP Stephen Wong Tien Fatt.

Bertambah buruk pada 2014 Liew tersepit dalam kemelut perebutan jawatan presiden LDP sehingga disingkirkan dan digantikan dengan Datuk Teo Chee Kang sebagai Presiden parti.

Bagaimanapun Liew menang semula di kerusi Parlimen Batu Sapi apabila menyertai Parti Warisan pada PRU14.

Tiada sesiapa mengungkit mengenai dana yang diterima VK Liew dari akaun Najib dan 1MDB kerana selepas VK Liew menyertai Warisan beliau sudah disucikan bersih oleh KERAjaan Pakatan Harapan.

LDP tidak terima dana RM3.5 juta

Kiri VK Liew, Kanan Teo Chee Kang

Bagaimanapun bekas Presiden LDP Teo Chee Kang mengesahkan LDP tidak pernah mengetahui wang 1MDB dan derma Najib itu ke dalam akaun LDP.

Ia mungkin diterima dan digunakan sendiri oleh Datuk VK Liew secara curang ketika berkuasa sebagai Presiden parti.

RM3.5 juta sebelum PRU13 bukanlah sedikit. Di manakah wang tersebut?

VK Liew mesti menjelaskan ke mana wang RM3.5 juta itu disalurkan.

Mengapa VK Liew tidak disiasat SPRM atau polis? Adakah kerana beliau kini adalah Menteri Undang-undang JPM?

Atau adakah kerana beliau sudah menyertai Pakatan Harapan?

VK Liew mesti menjelaskan perkara ini. Jika semua pihak dikaitkan 1MDB akaun dibeku mengapa VK Liew bebas?

Tidak mungkin 'money trail' pemberian dari akaun Najib kepada VK Liew SPRM tidak dapat dikesan oleh pihak penyiasat. Jika 900 akaun boleh dijumpai, mengapa akaun VK Liew tidak?

Adakah tugas beliau sebagai Menteri JPM hanya bertujuan mahu membersihkan dan menutup kes Shafie Apdal kes peneyelewangan dana KKLW RM1.5bilion serta kes beliau menerima bantuan RM3.5 juta itu? – Sabahkini2
BONGKAR: Menteri Undang-Undang terima RM3.5 juta wang 1MDB tetapi mengapa tidak disiasat? BONGKAR: Menteri Undang-Undang terima RM3.5 juta wang 1MDB tetapi mengapa tidak disiasat? Reviewed by Abu Leman Abu Seman on October 02, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...