Marahkan Lokman Adam, adiknya pula ditahan polis



Nampaknya Pakatan Harapan sudah semakin terdesak apabila kemarahan rakyat terhadap mereka semakin parah. Adakah kerana terlalu marahkan saya, adik saya pula perlu dijadikan mangsa?

Sebentar tadi sekitar jam 3.00 pagi, adik saya Azman Noor Adam telah ditahan oleh pihak polis yang mengambil beliau dari rumahnya di Bukit Subang, Shah Alam. Insp Sakinah dari IPD Shah Alam, Pegawai Penyiasat kes tersebut mengesahkan kepada saya bahawa adik saya ditahan untuk satu siasatan dibawah Akta Hasutan kerana telah menularkan satu posting orang lain yang didakwa mengandungi gambar yang menghina Tun Mahathir.

Pertama, saya bersetuju bahawa adik saya tidak sepatutnya mengongsikan “posting” kenalan facebook beliau yang mengandungi gambar seorang budak yang menghalakan punggungnya ke arah wajah Tun Mahathir yang muncul dikaca TV. Walau marah macam mana sekalipun terhadap Tun Mahathir yang gagal menunaikan janji pilihanrayanya, saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadap individu tersebut, sama seperti saya mengutuk Penyokong BERSIH yang melakukan perkara yang sama terhadap Dato Seri Najib Tun Razak semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Sungguhpun begitu, tidak pula kita dengar penyokong bersih tersebut ditahan jam 3.00 pagi dibawah Akta Hasutan, kenapa ya?

Keduanya, apa yang lebih menghairankan saya, di balai yang sama, kami telah membuat dua laporan polis berhubung penghinaan, fitnah dan kecaman yang dilakukan oleh dua orang pemimpin Pakatan Harapan, iaitu Datuk Abdul Kadir Jasin, Ketua Media Pejabat Perdana Menteri dan Hishammuddin Rais, terhadap DYMM SPB YDP Agong.


Sehingga kini, tiada satupun pendakwaan yang diambil keatas Kadir Jasin dan Hishamuddin Rais dibawah Akta Hasutan sedangkan tindakan menghasut rakyat dan memfitnah DYMM SPB YDP Agong dengan nenggunakan perbelanjaan Ratu England RM 257 juta dalam tempoh 16 bulan sebagai perbelanjaan yang kononnya dibelanjakan oleh DYMM SPB YDP Agong hasil payah jerih dan titik peluh rakyat, oleh Kadir Jasin, jauh lebih berat hasutannya berbanding mengongsikan gambar budak tidak matang yang menghalakan punggungnya ke wajah Tun Mahathir dikaca TV.

Ketiga, begitu juga dengan hasutan yang dibuat oleh Hishammuddin Rais. “Posting” Hisham yang mengatakan bahawa DYMM SPB YDP Agong “KUAT BERJUBO” dan membawa masuk ke Istana bertan-tan SYABU, sudah tentu jauh lebih dasyat fitnah dan hasutannya berbanding tindakan mengongsikan gambar individu yang gagal mengawal kemarahannya kepada Tun Mahathir tadi. Kenapa sehingga kini tiada sebarang pendakwaan ke atas Hisham Rais dan Kadir Jasin? Malah, Kadir Jasin dinaikkan pangkat daripada menjadi Ketua Media dan Komunikasi Penasihat Kerajaan kepada Ketua Media Perdana Menteri.

Bukankah Pakatan Harapan mengutuk sekeras-kerasnya kewujudan Akta Hasutan 1948 ini sebelum Pilihanraya? Bukankah salah satu tugas Ambiga dan teman-temannya adalah untuk melakukan reformasi sistem pemerintahan Negara? Adakah reformasi yang ingin dibawa membawa maksud tuduhan dibawah Akta Hasutan terhadap pemimpin Pakatan Harapan iaitu Sivarasa Rasiah dan Eric Paulsen digugurkan kerana mereka Pemimpin Pakatan Harapan? Manakala jika hasutan itu dilakukan oleh penyokong Barisan Nasional, walaupun sekadar menularkan “posting” orang lain, tindakan harus diambil seawal jam 3.00 pagi, tanpa perlu menunggu waktu siang?


Jika sikap “double standard” ini yang dipanggil “Reform” terhadap sistem perundangan dan kehakiman yang ingin dibawa oleh Pakatan Harapan, sedangkan Peguam Negara dibiarkan menyalahgunakan kuasanya untuk membebaskan PERASUAH tegar seperti Guan Eng dan Miss Phang, kita boleh ucapkan selamat tinggal kepada prinsip “Rule of Law”? Semakin hari, semakin terserlah “ Law of The Jungle” yang diamalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan dalam negara ini.

Satu sahaja pesanan saya kepada Tun Mahathir dan Rakan Kongsi beliau, Anwar Ibrahim, yang bersekongkol menipu rakyat Malaysia. JASAD KAMI BOLEH DIPENJARA, NAMUN JIWA KAMI TETAP MERDEKA. Lagi ditekan, lagi kuat kami akan lawan.

Lokman Adam
0123320000

[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Marahkan Lokman Adam, adiknya pula ditahan polis Marahkan Lokman Adam, adiknya pula ditahan polis Reviewed by Abu Leman Abu Seman on October 02, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...