Lim Guan Eng batal bina bangunan hospital pula



Kewangan negara semakin meruncing dengan pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Negara kehilangan berpuluh bilion pendapatan sebulan akibat pemansuhan itu.

Ditambah lagi tiada pelabur yang mahu melabur di dalam negara kerana keputusan pemimpin negara yang tidak menentu. Lawatan ke setiap lawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke luar negara juga gagal menandatangani sebarang perjanjian atau MOU yang baru.

Bermula dari Jepun, China, Amerika dan Britain. Perdana Menteri pulang dengan tangan kosong dan sekaligus perjalanan ke luar negara itu menjadi satu pelaburan yang merugikan apabila kos berjuta-juta ringgit untuk membawa Perdana Menteri dan delegasi 'bercuti di hotel mewah' telah terbazir begitu.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Lim Guan Eng batal dana bina Masjid Saujana Puchong ]

[ ARTIKEL BERKAITAN: Lagi 9 projek bina masjid mungkin dibatalkan KERAjaan PH ]

Maka tidak hairanlah dari satu projek pembinaan masjid di Puchong dibatalkan hingga melarat ke 9 projek pembinaan masjid di Pulau Pinang turut dibatalkan. Dan terkini 4 lagi projek pembinaan masjid di Lenggong turut mendapat nasib yang sama selain 4,000 rumah Mesra Rakyat yang turut dimansuhkan serta merta.

Hari ini tular lagi satu surat rasmi Kementerian Kewangan di bawah kekuasaan Menterinya Lim Guan Eng membatalkan lagi projek pembinaan yang baik lagi penting untuk rakyat.

Kali ini, projek pembinaan bangunan Hospital di Baling Kedah pula menjadi mangsa.

Menurut sumber, projek bangunan hospital ini telah diusahakan oleh Datuk Seri Azeez Rahim yang kini ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kontrak Tabung Haji (TH).

[ ARTIKEL BERKAITAN: Jelaskan mengapa PH mansuh 4,000 projek rumah Mesra Rakyat – PAS ]

[ ARTIKEL BERKAITAN : Dan lagi 4 Masjid di Lenggong dibatalkan PH ]

Ini sekali lagi membuktikan yang kewangan negara semakin kritikal. Rakyat akan lihat lebih banyak projek yang baik untuk rakyat yang mana telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu, akan dibatalkan satu persatu sehinggalah KERAjaan Pakatan Harapan (PH) mampu mencari solusi untuk memperbaiki kewangan negara yang mereka telah jahanamkan dengan memansuhkan GST dan menakutkan pelabur sehingga lari.

Mungkin laungan "negara akan bangkrap" yang Pakatan Harapan sering laungkan akan menjadi kenyataan di bawah pemerintahan mereka sendiri.

Namun inilah pilihan rakyat. Malaysia telah memilih. Jika pilih tahi, maka tahilah mereka akan dapat. – AbuLeman
Lim Guan Eng batal bina bangunan hospital pula Lim Guan Eng batal bina bangunan hospital pula Reviewed by Abu Leman Abu Seman on October 03, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...