KHALWAT: Mujahid tidak faham hadis larangan mengintip – Fathul Bari



Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Dr Fathul Bari Mat Jahya memberi maklum balas tentang kenyataan Menteri Agama Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa berhubung keputusan untuk menghentikan semua operasi tangkapan khalwat di sebelah malam.

Menurut MT UMNO itu, kenyataan Mujahid itu ada benarnya, namun ia bukanlah seperti yang difahami oleh beliau pada zaman ini.

Fathul yang juga merupakan seorang pakar hadis lepasan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu menegur Mujahid kerana menggunakan hadis tidak kena pada tempatnya.



Menurut Fathul, hadis yang diguna pakai oleh Mujahid dalam menguatkan hujahnya untuk tidak mengintip itu difahami secara literal dan memberi gambaran yang salah tentang agama Islam yang sebenar.

"Sengaja mencari salah atau aib peribadi itu memang dilarang namun jika ada aduan, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan," kata Ulama Muda UMNO itu.

Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman telah menegaskan, segala operasi tangkapan khalwat bukanlah sengaja dilakukan secara suka-suka. Operasi dilakukan oleh pegawai penguatkuasa apabila ada arahan dan aduan.



"Selama ni pun kita tak pergi (operasi khalwat) tanpa sebab. Ada aduan baru pergi. Bukan suka-suka kita pergi," kata Mufti ketika temu bual bersama Suara TV.

Selain itu Fathul turut menyelar kumpulan liberal yang mengambil kesempatan dari isu ini untuk menyebarkan dakyah-dakyah mereka kepada masyarakat.

"Apabila tentang hukum hudud kalian hentam, kalian tuduh orang ambil hukum secara literal, konservatif dan sebagainya.

[ ARTIKEL BERKAITAN : Cegah maksiat tugas kerajaan – Mufti N. Sembilan ]

[ ARTIKEL BERKAITAN : Mujahid tiada kuasa arah penguatkuasa henti operasi – Mufti Pahang ]

[ ARTIKEL BERKAITAN : Mujahid jika ada maruah sila letak jawatan – PU Syed ]

"Tetapi berkaitan isu khalwat ini kalian pula ambil hadis secara literal. Kalian pula yang jadi konservatif," kata Fathul di dalam satu video rakaman yang dihantar ke Facebook peribadi milik beliau yang telah dikongsikan sebanyak 780 kali.

Menteri Agama ketika ditemu bual untuk memberikan komen di atas respon orang ramai, beliau menegaskan tiada salah apa pada kenyataannya dan akan memberi kenyataan penuh pada hari Isnin. – AbuLeman


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]


KHALWAT: Mujahid tidak faham hadis larangan mengintip – Fathul Bari KHALWAT: Mujahid tidak faham hadis larangan mengintip – Fathul Bari Reviewed by Abu Leman Abu Seman on October 07, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...