Kenyataan 'kurang cerdik' Zuraida mendapat kecaman netizen



KOTA BHARU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menetapkan satu prosedur operasi standard (SOP) bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam menjalankan operasi penyelamatan di air.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata pasukan bomba perlu mendapatkan pelan struktur sesebuah kawasan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum turun menjalankan kerja penyelamatan mangsa di dalam air.

Ini bagi mendapatkan gambaran awal struktur dan keadaan kawasan berkenaan sebelum operasi dijalankan.

"Sebab itu, di masa hadapan, sebelum bomba turun buat kerja penyelamatan, perlu pergi ke PBT ambil pelan struktur longkang atau sungai supaya tahu struktur sama ada landai, ada batu atau lumpur," kata Zuraida.


Kenyataan Zuraida ini dikecam netizen kerana dianggap sebagai satu kenyataan yang 'tidak cerdik'.

"Hadoiii.. Apalah Kak Zue oiiii... Kalau kes berlaku selepas waktu pejabat atau hari cuti pihak JBPM nak hadap sapa kat Pejabat PBT..." Soal Shamsaimon Shamsudin.

"Bila 'MAK LAMPIR' jadi menteri inilah akibatnya. Anggota bomba ada kuasa psikik ke??? Boleh tahu bila kemalangan akan berlaku??? PBT buka 24/7 ke??? TOLONGLAH!!! Jadilah menteri yang bijak," komen Fairus Ahmad.

"Tunggu orang dah mati dulu baru pergi selamatkan mcm tu ye kalau tak dapat laporan struktur tak yah lah selamatkan.....Adoiiii apa lah dapat menteri mcm nie," komen Wawa.

"Ini lagi sekor menteri PH yg baghal. Malam-malam buta mana ada pejabat PBT buka nk pergi mintak pelan bagai tu mak lampir woiii.." komen ‎Mikhail Ivanovich.

Nampaknya lebih ramai la mangsa yang akan menemui ajal sebelum diselamatkan gara-gara arahan Menteri perlu dapatkan laporam struktur sebelum menyelamatkan mangsa. - AA/AbuLeman
Kenyataan 'kurang cerdik' Zuraida mendapat kecaman netizen Kenyataan 'kurang cerdik' Zuraida mendapat kecaman netizen Reviewed by Abu Leman Abu Seman on October 05, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...