Kenderaan bawa Rosmah keluar dari ibu pejabat SPRM



PUTRAJAYA 4 Okt.- Kenderaan yang dipercayai membawa isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 7.45 pagi.

Kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna hitam yang membawa Rosmah itu menuju ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur (KL) untuk proses pendakwaan.

Semalam, SPRM mengesahkan Rosmah akan didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 di Mahkamah Sesyen KL hari ini.

[ ARTIKEL BERKAITAN : Rosmah hadapi 17 pertuduhan pengubahan wang haram ]

[ ARTIKEL BERKAITAN : Penahanan Rosmah melampaui batas - Yana Najib ]

Beliau dijangka menghadapi beberapa pertuduhan di bawah akta tersebut.

Isteri kepada Ahli Parlimen Pekan itu ditahan SPRM pada pukul 3.20 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan berhubung kes SRC International Sdn. Bhd. iaitu bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes penggubahan wang haram. - UO
Kenderaan bawa Rosmah keluar dari ibu pejabat SPRM Kenderaan bawa Rosmah keluar dari ibu pejabat SPRM Reviewed by Abu Leman Abu Seman on October 04, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...