Jelaskan mengapa PH mansuh 4,000 projek rumah Mesra Rakyat – PAS



Pas mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjelaskan mengenai dakwaan lebih 4,000 projek Mesra Rakyat yang diluluskan bagi 2018 telah dimansuhkan.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, berdasarkan sumber maklumat yang diperoleh sehingga Julai 2018, 4,000 projek Mesra Rakyat tersebut merangkumi setiap Parlimen di seluruh negara dengan anggaran keseluruhan nilai projek tersebut berjumlah lebih RM100 juta.

“Contohnya, di Negeri Sembilan sahaja projek terlibat berjumlah lebih 500 buah, Johor pula mencatatkan paling ba­nyak iaitu lebih 800 buah projek manakala di Kedah pula seba­nyak lebih 500 buah projek.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Lim Guan Eng batal dana bina Masjid Saujana Puchong ]

[ ARTIKEL BERKAITAN: Lagi 9 projek bina masjid mungkin dibatalkan KERAjaan PH ]

“Kebanyakan projek ber­kenaan adalah di luar kawasan bandar dan ia adalah projek keperluan masyarakat setempat seperti masjid, dewan dan jalan raya,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan portal Harakahdaily hari ini.

Selain itu kata Nasrudin, tuntutan pembayaran projek berjumlah kira-kira RM8 juta masih belum dilunaskan disebabkan pemberhentian dana daripada pihak kerajaan.

“Sekiranya jumlah ini tidak dibayar kepada pihak kontraktor bumiputera ini, maka lebih kurang 400 syarikat kontraktor akan muflis.

“Bukan sekadar itu, kehidupan harian mereka turut terjejas. Pas menuntut pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Kementerian Kewa­ngan dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) untuk tampil memberi penjelasan berhubung isu ini,” katanya. - UO
Jelaskan mengapa PH mansuh 4,000 projek rumah Mesra Rakyat – PAS Jelaskan mengapa PH mansuh 4,000 projek rumah Mesra Rakyat – PAS Reviewed by Abu Leman Abu Seman on October 02, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...