Gadis Melayu ini dimalukan kerana tidak mahu pegang arak



Satu video rakaman dipercayai dibuat oleh lelaki India menjadi tular apabila merakamkan seorang gadis Melayu yang bekerja di kedai serbaneka 7-Eleven kerana tidak mahu memegang botol arak.

Dengan alasan ianya haram, gadis Melayu itu menolak untuk memegang botol arak tersebut dan menyebabkan transaksi pembelian tidak dapat dilakukan dan menyebabkan lelaki India terebut menjadi berang.

Lelaki itu juga didengari memaki hamun pekerja di kedai serbaneka itu yang dari rakaman tersebut dapat diketahui kedua-duanya berbangsa Melayu.

"Bodoh punya orang. But** dia. Dia boleh cakap macam ni ke? Ha?

"Beli beer dia cakap tak boleh pegang, tak boleh scan. Wei, boleh ke macam ni? Bodoh punya orang," kata lelaki India tersebut diselang selikan dengan makian.

Lelaki India tersebut sepatutnya menghormati pendirian gadis terebut apabila menolak untuk memegang botol arak secara baik. Tidak perlu dimalukan dengan membuat rakaman dan menyebarkan kepada umum.

Dan adik manis pula, carilah kerja lain jika tidak mahu memegang botol arak. Betul juga lelaki India itu kata, semasa 'interview' kerja, adik sepatutnya sudah tahu yang adik terpaksa membuat kerja itu semua.

Bagaimanpun, sikap gadis Malayu ini harus dipuji kerana tidak mahu terlibat dengan arak dan tetap sabar walaupun dihina oleh pelanggan. Semoga adik akan dapat kerja lain yang lebih baik.

Berlainan pula dengan sikap Perdana Menteri kita Tun Dr Mahathir Mohamad yang anaknya sendiri bukan kata satu botol arak, satu kilang arak dia beli.

Gadis Melayu itu bagaimanapun 'diselamatkan' oleh pelanggan lain berbanggsa Melayu apabila diminta untuk menghentikan rakaman tersebut. – AbuLeman





[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Gadis Melayu ini dimalukan kerana tidak mahu pegang arak Gadis Melayu ini dimalukan kerana tidak mahu pegang arak Reviewed by Abu Leman Abu Seman on October 05, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...