Cita-cita saya hanya ingin lihat Najib jatuh – Maslee Malik



GOMBAK: Presiden baharu Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Maszlee Malik mengumumkan dia mahu kembali ke universiti itu selepas 10 tahun bergiat dalam bidang politik.

Maszlee, yang mula bergiat dalam politik secara aktif hanya pada Mac lalu berkata dia memasuki arena politik kerana bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Cita-cita saya hanya ingin lihat Najib jatuh,” katanya dalam majlis syarahan sulung presiden UIA malam tadi.

Beliau menjawab pertanyaan seorang pensyarah semasa sesi soal jawab di acara yang diadakan di pusat kebudayaan universiti itu.

Selepas melontarkan soalan, pensyarah itu turut meyuarakan hasrat untuk melihat Maszlee menjadi seorang perdana menteri suatu hari nanti.

“Saya ambil itu sebagai cabaran, saya perlukan doa anda. Saya tidak rasa ianya sesuai untuk saya,” kata Maszlee.

[ ARTIKEL BERKAITAN : DAP, UMNO pertikai Maszlee jadi Presiden UIA, SU jadi Pengarah UUM ]

[ ARTIKEL BERKAITAN : PRESIDEN UIAM: Saya boleh tolak, kenapa Maszlee tidak? – Anwar ]

“Saya rasa tempoh selama 10 tahun sudah cukup untuk saya di dalam politik dan selepas itu saya akan kembali semula ke UIA.”

Maszlee berucap kepada kira-kira 1,000 warga UIA selaku presiden baharu universiti itu.

Maszlee dilantik menggantikan Tan Sri Rais Yatim sebagai presiden ke-8 UIA. Kerusi itu kosong sejak tempoh perkhidmatan 5 tahun Rais tamat Jun lalu.

[ ARTIKEL BERKAITAN : PRESIDEN UIAM: Maszlee tiada prinsip – Penganalisis Politik ]

[ ARTIKEL BERKAITAN : 'Apapun manifesto kata, kalau dah pinjam kenalah bayar' ]

Wakil rakyat penggal pertama ini juga dipilih Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai menteri pendidikan.

Pada 7 Jun, Maszlee memberi jaminan kepada pentadbiran universiti bahawa institusi itu tidak akan disalah gunakan oleh sesiapa, termasuk dirinya demi kepentingan politik. Namun ia tidak menjadi kenyataan dengan perlantikan dirinya sendiri sebagai Presiden UIA- FMT

Itu je cita-cita Dr Maszlee Malik? Bukan sepatutnya cita-cita orang politik ni bantu rakyat ke? Patut la semua janji semasa kempen PRU tak ditunaikan. Sekarang Najib dah jatuh. Maka silalah Menteri Pendidikan letak jawatan dengan segera.
Cita-cita saya hanya ingin lihat Najib jatuh – Maslee Malik Cita-cita saya hanya ingin lihat Najib jatuh – Maslee Malik Reviewed by Abu Leman Abu Seman on October 03, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...