Batal operasi khalwat: Kenyataan saya tak salah – Mujahid



SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan beliau akan menjelaskan kenyataannya berhubung penguatkuasaan jenayah khalwat, Isnin ini.

Beliau yang enggan memberikan kenyataan lanjut berhubung laporan tersebut berkata, pihaknya akan melakukan perbincangan meja bulat berhubung isu berkenaan.

“Tiada apa yang salah dalam kenyataan saya itu. Tunggu Isnin ini saya jelaskan. Buat masa ini saya tidak mahu komen,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.


Dalam laporan eksklusif The Star, akhbar itu melaporkan tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam.

Mujahid menegaskan apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup adalah bukan urusan kerajaan.

Dalam temubual itu, Mujahid turut dilaporkan mengutuk tindakan memecahkan pintu untuk menahan pesalah khalwat dan berharap ia tidak akan berlaku dalam pembaharuan yang akan dilakukan nanti.


Sebelum ini, Mujahid berdepan dengan kontroversi dengan kenyataannya berkaitan isu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) selepas pertemuan dengan aktivis yang juga seorang transgender, Nisha Ayub.

Beliau kemudiannya mengakui terkhilaf dan menarik semula apa yang diperkatakannya dalam sidang media itu. Beliau turut memohon maaf terhadap pihak yang berasa terancam dengan kenyataannya itu.

Dan terkini Mujahid juga mengeluarkan kenyataan merendahkan dan memfitnah Dr Zakir naik dengan kenyataan dakwah beliau tidak sesuai di Malaysia kerana kerap menghina agama lain.


Mujahid dikecam dan pelbagai pihak tampil mendesak Menteri Agama itu agar memberikan bukti kebenaran dakwaannya yang Zakir menghina agama lain. - SH/AbuLeman


Batal operasi khalwat: Kenyataan saya tak salah – Mujahid Batal operasi khalwat: Kenyataan saya tak salah – Mujahid Reviewed by Abu Leman Abu Seman on October 06, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...