Banjir kilat Puchong, ribuan kenderaan tersekat



KUALA LUMPUR 2 Okt. - Hujan lebat kira-kira pukul 4 petang tadi menyebabkan laluan Lebuh Raya Damansara-Puchong di hadapan Kompleks Beli-Belah IoI Puchong dekat sini terjejas berikutan banjir kilat yang berlaku ketika ini.

Menurut seorang pemilik akaun Twitter, Syafiqaghafar, banjir tersebut berlaku dihadapan kompleks beli-belah itu menyebabkan ribuan kenderaan yang menghala ke bandar Puchong tersekat.

“Jalan dari IoI Puchong Mall sampai ke pusat bandar Puchong tersekat. banjir teruk. hati hati semua @plustrafik,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya. - UO






[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]



Banjir kilat Puchong, ribuan kenderaan tersekat Banjir kilat Puchong, ribuan kenderaan tersekat Reviewed by Abu Leman Abu Seman on October 02, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...