Azeez Rahim bebas dengan ikat jamin RM1 juta



Datuk Seri Azeez Rahim yang ditahan reman untuk membantu siasatan SPRM berkaitan satu kes rasuah dibebaskan pagi Jumaat.

Turut sama dibebaskan ialah abangnya Latiff Abdul Rahim.

Mereka dikenakan ikat jamin RM1 juta setiap seorang dengan dua penjamin.

Ahli Parlimen BN Baling dan bekas Pengerusi Tabung Haji itu bersama abangnya dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya jam 9.30 pagi untuk proses tamat reman.

Perintah tamat reman itu dikeluarkan Majistret Ahmad Afiq Hasan.


Sekitar 100 penyokong Azeez berada di kawasna mahkamah itu untuk menyambut pembebasan beliau dari reman.

Mereka  disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penerimaan rasuah daripada sebuah syarikat kontraktor bagi satu projek melibatkan Tabung Haji.

Azeez dan Latif asalnya direman selama lima hari mulai 26 September dan selepas itu, Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan tempoh reman dilanjutkan lagi selama enam hari dan berakhir hari ini.
-
Difahamkan siasatan keatas mereka belum selesai dan SPRM akan memanggil lagi Azeez bersama abangnya itu untuk melengkapkan siasatan. - AD

[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Azeez Rahim bebas dengan ikat jamin RM1 juta Azeez Rahim bebas dengan ikat jamin RM1 juta Reviewed by Abu Leman Abu Seman on October 05, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...