Aku doa Mahahtir juga akan dihalau seperti anjing...



Mahathir dan Melayu Singapura.

6 Mei 1999. Aku berumur 19 tahun. Aku nampak dengan mata kepalaku sendiri, satu demi satu kereta bernombor plat Malaysia memasuki penginapan Keluarga DiRaja Singapura, Istana Kampung Glam, dihalau seperti anjing. Mereka yang tidak mahu meninggalkan kawasan istana, ditarik, diherdik, dihina.

Perkara muktamad yang dilimpahkan kepada keluarga DiRaja oleh PAP. Tukar kerakyatan kepada warganegara Singapura atau boleh pindah ke Malaysia. Aku tidak pernah lihat betapa dihinanya orang Melayu sehinggalah apa yang aku nampak terjadi kepada keluarga DiRaja yang sentiasa lantang memelihara hak-hak orang Melayu di Singapura sebelum kejadian ini.

Surat demi surat, panggilan pun tidak dijawab oleh Mahathir. Diberitahu kepada kami, Mahathir sengaja tidak mahu menjawab panggilan kami. Aku kasihankan Permanent Secretary Mahathir dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO waktu itu. Mereka semua risau, mereka mendesak Mahathir untuk berbuat seusuatu. Dia terus mendiamkan diri.

Kami give up? Tidak

Kami terus menerus menulis surat, meminta campur tangan UMNO pusat. Mahathir terus berdiam diri.

Sebelum saya sambung cerita saya, sekali lagi saya mahu memanjatkan doa kepada Allah. Saya berharap, Mahathir sebelum meninggalkan bumi Allah ini, dia juga dihalau seperti anjing. Kalau tidak pun keturunannya, seperti mana yang keluarga DiRaja di Singapura, dihalau seperti anjing.


Saya juga memanjatkan doa kepada Allah untuk perkara yang sama terjadi kepada Datuk Abdul Ghani, Yayasan Warisan Johor yang telah menyokong tindakan PAP kepada keluarga DiRaja di Singapura, kesemua orang-orang UMNO waktu itu di Johor yang terlibat dengan perkara ini secara 'direct' atau 'indirect'.

Apabila tokoh-tokoh Melayu menulis dan membantah sekeras-kerasnya tindakan Mahathir, beliau keesokan harinya menghina Melayu Singapura untuk menutup aibnya sendiri yang telah mengkhianati keluarga DiRaja di akhbar-akhbar Malaysia.

Di sinilah mulanya kami berdendam namun kami menerima hakikat yang kami harus 'evolve our way of life'. Tidak akan ada orang yang dapat menolong nasib orang Melayu di Singapura lagi. 'We are on our own'. Di sinilah juga bermulanya sengketa dan syak wasangka, keji-mengeji antara rakyat Singapura dan Malaysia, 'which is stupid, childish and unnecessary to me'.

Sedangkan, walau macammana pun, PAP tetap sokong tindakan DAP, tetapi mahathir seolah-olah bersekongkol dengan PAP untuk menundukkan Malaysia dan menaikkan Singapura.

Tidakkah anda sedar, sewaktu dia menjadi PM dulu, Malaysia tidak ada banyak pembangunan untuk rakyat. Yang paling banyak adalah projek-projek bangunan. Sedangkan di zaman Najib, kau mendengar ramai orang Melayu berjaya.

Tahukah anda, di zaman Najib juga seseorang 'architect' Melayu dari Malaysia telah 'design' salah satu bangunan di Singapura?

Di zaman Mahathir? Ada?

Mahathir telah menjual tanah Istana Kampung Glam? Yayasan Johor menjual tanah itu? Siapa? Tampil dan jawab sekarang.

Ni zaman internet tak boleh lari mcm dulu lagi..

Najib dituduh menjual tanah Melayu di Singapura, tetapi di dalam agreement itu rakyat Malaysia perlu tahu Khazanah mempunyai hak di Marina Bay Financial Center, salah satu tempat yang paling sibuk di Singapura dengan pelbagai dagangan berlaku. Ia milik Khazanah dan Temasek tetapi Khazanah adalah 'major shareholder'. Itu baru untung!


Nak tahu lebih lanjut tentang kebangsatan dan pengkhianatan Mahathir terhadap keluarga DiRaja Singapura? Baca di sini.

Sebab inilah juga, kami ketawa bila Mahathir sentiasa bertekak dengan Lee KuanYew dulu, kononnya hendak menunjukkan dia mempertahankan Melayu kepada rakyat Malaysia tetapi antara perkataan dan perbuatannya, perbuatan itu lebih terang dari segala percakapan atau ucapan. 'Actions speaks louder than words'.

Dia kononnya mempertahankan orang Melayu. Tetapi Malaysia maju ke di zaman dia berbanding zaman DS Najib? Aku ingat lagi tiap kali ekonomi Malaysia naik, kita di sini gerun kerana ekonomi Singapura jatuh.

Sekarang? Terima kasih Malaysia.

Baik hati sangat. Bacalah akhbar 'Financial Time' ke, Business Times ke, bukan 'some sub standards' macam Sarawak Report yang aku kategorikan hanya sebagai 'Gossip Magazine'. Singapura sekarang memecahkan rekod sendiri dalam ekonomi dan 'coincidentally' pada masa yang sama, ekonomi Malaysia jatuh.

Aku tak kisah orang Singapore nak kata "kau mcm orang gila sorang-sorang nak mempertahankan hak Melayu di Singapura".

Sebelum hal itu, pernah ke kita dengar "oh aku Melayu Malaysia, oh aku melayu Singapura"? Tak ada!


Mahathir membuat orang Malaysia bersikap "Feudal Mentality" dan Melayu Singapura seperti dipinggirkan sedangkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS) adalah UMNO Singapura sebelum Merdeka sebagaimana DAP adalah PAP di Malaya.

Perpecahan bangsa Melayu bukan terjadi di era PKR dan UMNO.

Perpecahan bangsa Melayu ini terjadi bila kita lupa Kita MELAYU NUSANTARA.

Bukan Melayu Malaysia atau Melayu Singapura.

Taktik musuh-musuh orang Melayu, 'Divide & Conquer'.

Sebagai seorang ayah kepada 4 orang anak, tak mungkin aku mahukan anak-anak aku melihat bapa mereka melutut dan meminta, alpa dan mengorbankan agama dan bangsa,

Aku lebih rela mati berdiri mempertahankan bangsa dan Agama aku..

 Ini Agamaku. mereka bangsaku.

Kalau bukan aku mempertahankannya, siapa lagi?

Sejarah juga telah membuktikan berkali-kali dari zaman perang Jepun, orang Melayulah musuh yang sebenarnya, bukan orang Cina atau India atau Eurasians. Hentikan mencari musuh yang tiada tetapi tengok ke dalam dan sedar, mereka seagama dan sebangsa dengan kita.

Pengkhianat-pengkhianat kepada bangsa Melayu dan Islam tidak boleh diberi muka lagi.

Nukilan: Bantal Busuk

Aku doa Mahahtir juga akan dihalau seperti anjing... Aku doa Mahahtir juga akan dihalau seperti anjing... Reviewed by Abu Leman Abu Seman on October 05, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...