Akan ada PRK PD lagi walaupun Anwar menang – PAS



PORT DICKSON - Pilihan raya kecil (PRK) mungkin terpaksa diadakan sekali lagi walaupun selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menyandang kerusi Parlimen Port Dickson.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan percaya si­tuasi itu tidak mustahil berlaku sekiranya mahkamah memutusan Anwar yang juga calon Pakatan Harapan (PH) bagi PRK Port Dickson hilang kelayakan untuk bertanding sebagai ahli Parlimen.

Menurut beliau, Anwar yang juga Presiden PKR tidak diberikan pengampunan bebas di bawah Perkara 48 (1) (e) Perlembagaan Persekutuan bagi melayakkan beliau bertan­ding dalam mana-mana pilihan raya.


Menurut beliau, pada 16 Mei lalu, Anwar hanya dikurniakan pengampunan penuh di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang merujuk kepada frasa 'dibenarkan dan diberi pembebasan serta-merta'.

“Untuk mengelakkan kerajaan terpaksa membazirkan wang untuk mengadakan pilihan raya sekali lagi, kami harap pengundi tidak memilih Anwar,” katanya dalam sidang akhbar di Markas Induk Pas bagi PRK Parlimen Port Dickson di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Naib Pre­siden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad; Ahli Jawatankuasa Kerja Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali; Ke­tua Dewan Himpunan Penyo­kong Pas, N. Balasubramaniam; Pesuruhjaya Pas negeri, Mustaffa Daharun dan calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar.

[ ARTIKEL BERKAITAN : Demi PRK PD, Anwar rela sembah berhala ]

Jumaat lalu, seorang pe­ngundi berdaftar di Port Dickson, Noraziah Mohd. Shariff, 38, mengemukakan saman pemula bagi memohon perisytiharan mahkamah bahawa Anwar tidak layak bertanding untuk mana-mana kerusi Parlimen.

Selain itu, pencadang bagi calon Pas, Ramli Ismail telah mengemukakan surat bantahan terhadap pencalonan Anwar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari penamaan calon, Sabtu lalu.

Takiyuddin menambah, SPR telah menolak bantahan yang dikemukakan Ramli itu dengan berasaskan pengampunan penuh yang diterima Anwar. - UO


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Akan ada PRK PD lagi walaupun Anwar menang – PAS Akan ada PRK PD lagi walaupun Anwar menang – PAS Reviewed by Abu Leman Abu Seman on October 04, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...