Tun M masih gagal bawa pulang MOU setelah ke Amerika dan Britain



Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba dari Britain di Pangkalan Udara Subang (TUDM) di sini petang tadi.

Kepulangan Tun Mahathir dari lawatan kerja di Britain dan Amerika Syarikat minggu lalu disambut meriah lebih kurang 50 orang penyokongnya.

Beliau ke sana adalah untuk menghadiri  Perhimpunan Agung PBB ke-73 di New York dan berjumpa dengan pelabur-pelabur.

Beliau bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba kira- kira jam 6.20 petang tadi. Anak-anak, cucu-cucu bersama boyfriend dan girlfriend cucu-cucu Tun Mahathir yang ikut sama ketika persidangan dan lawatan kerja tersebut tidak dapat dipastikan samada mereka ikut pulang ataupun masih berada di London.

Sebaik sahaja beliau turun dari pesawat Tun Mahathir disambut dengan laungan “hidup Tun” berkali-kali oleh penyokong-penyokongnya.


Semasa ucapan pendek beliau di Lapangan Terbang TUDM Subang tadi, beliau memberitahu kepada wartawan bahawa lawatan beliau amat berjaya walaupun tidak ada perjanjian persefahaman MOU antara Malaysia-Amerika mahupun dengan Britain.

Namun begitu, Tun Mahathir berkata pelabur-pelabur di sana telah berjanji kepadanya untuk datang melabur di Malaysia.

Untuk rekod, Tun Mahathir dan delegasi berada selama 5 hari di New York dan 4 hari di London. Mengikut sumber lawatan selama 9 hari tersebut menelan kos sebanyak RM1.4 juta.

Walaupun Tun Mahathir gagal membawa pulang sebarang perjanjian MOU atau pelaburan dari Amerika dan Britain, rakyat diminta berlaku adil kerana Tun Mahahir dan pasukannya telah melakukan yang terbaik.

Rakyat juga perlu percaya dan sabar kerana Tun Mahathir telah berkata bahawa pelabur-pelabur di sana sudah berjanji kepadanya yang mereka akan datang melabur ke Malaysia walaupun tidak tahu bila tarikhnya.


Amerika dan Britain adalah negara yang tidak menandatangani apa-apa perjanji dengan Malaysia yang diwakili oleh Perdana Menteri Tun Mahathir selain Jepun dan China.

Telahan awal pakar ekonomi facebook tidak bertauliah mengatakan perkara ini berlaku mungkin kerana negara luar kurang berkeyakin dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang telah memansuhkan GST dan kembali kepada SST dan sikap lidah bercabang serta tidak tepati janji yang telah ditunjukkan oleh Perdana Menteri dan barisan menteri-menteri.

Terdahulu Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) itu berkata janji manifesto bukanlah kitab suci yang wajib dilaksanakan dalam mempertahankan diri apabila gagal menunaikan 10 janji manifesto Pakatan Harapan yang sepatutnya ditunaikan dalam 100 hari apabila mengambil pentadbiran dari kerajaan terdahulu. – Tun Carlos/AbuLeman
Tun M masih gagal bawa pulang MOU setelah ke Amerika dan Britain Tun M masih gagal bawa pulang MOU setelah ke Amerika dan Britain Reviewed by Abu Leman Abu Seman on October 03, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...